Translate

31/08/2019

KAK WAN KECEWA TUN MAHATHIR TIDAK MENUNAIKAN JANJI PH

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, KEKOSONGAN DALAM KABINET HANYA AKAN BERLAKU APABILA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD MENGOSONGKAN JAWATAN PERDANA MENTERI.

Bercakap kepada media selepas melawat CyberSecurity Malaysia di sini hari ini, beliau berkata, kekosongan dalam Kabinet perlu dibuat berdasarkan apa yang dijanjikan dalam Pakatan Harapan.

"Saya kira kalau PM kosongkan (tempat), itu yang dijanjikan," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir bahawa tidak ada kekosongan dalam Kabinet buat masa ini.

Dr Mahathir ketika ditanya sama ada beliau akan membawa masuk Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Kabinet dilaporkan berkata Kabinet tiada kekosongan sekarang dan tidak juga akan berlaku pertambahan ahli Kabinet.

Dr Mahathir dilaporkan berkali-kali menyatakan proses peralihan tampuk pemerintahan kepada Anwar akan berlaku. - Bernama

Artikel Penuh : KLIK DISINI


28/08/2019

RAKYAT TUNTUT STATUS SIASATAN LIMA PEMIMPIN DAP

Pas menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan polis memperincikan PERKEMBANGAN SIASATAN KES YANG MELIBATKAN LIMA PEMIMPIN DAP.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, banyak pihak telah membuat laporan polis, namun sehingga hari ini semua kes tersebut masih belum diputuskan.

"RAKYAT BERHAK UNTUK MENGETAHUI lebih lanjut perkembangan kes berkenaan supaya ia dilihat berjalan dengan telus dan adil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut memperincikan lima kes yang membabitkan pimpinan DAP.
"PERTAMA, kes Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pemimpin pengganas Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) dan gambarnya melakukan aktiviti ritual menyembah senapang Kalashnikov (AK-47).

"KEDUA, kes Menteri Sumber Manusia, M KULA SEGARAN yang mendakwa orang Melayu sebagai pendatang dan mahu mengetuk kepala guru-guru sejarah dalam satu program yang dianjurkan di Nilai, Negeri Sembilan," katanya.

Selain itu, menurut beliau KES KETIGA melibatkan kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P WAYTHA MOORTHY yang telah mendakwa kerajaan memberi layanan buruk, mendiskriminasi dan menzalimi masyarakat India di Malaysia.

"KEEMPAT, kes Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) kerajaan Selangor, V GANABATIRAU yang mendakwa kumpulan Muslim menyerang Kuil Sri Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya Selangor.

"KELIMA, kes Ahli Parlimen Batu Kawan, KASTHURIRAANI PATTO yang menghina rakyat Kelantan dengan menjadikan kanak-kanak sebagai objek hiburan setelah pihak kerajaan Kelantan tidak meluluskan lesen hiburan," ujar Tuan Ibrahim.

Beliau berkata, lima kes yang melibatkan pemimpin DAP ini SANGAT KRITIKAL KERANA IA TELAH MENYENTUH SENSITIVITI RAKYAT MALAYSIA dan boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Katanya, kerajaan dan POLIS MESTI MEMBERI PENJELASAN TUNTAS BERHUBUNG KES INI.

Artikel Penuh : KLIK DISINI

08/08/2019

KERANA MAHATHIR: AGAMA, BANGSA DAN EKONOMI NEGARA TERUS HANCUR

1. Jika tidak kerana Mahathir lead PH kepada kemenangan, sampai bila2 kita anggap janji manis mereka satu yang realistik.

2. Jika tidak kerana Mahathir melantik Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, selagi itu ramai ingat dialah pakar ekonomi terbaik dunia.

3. Jika tidak kerana Mahathir acah anti Sultan, kita tak akan nampak betapa beraninya mereka menyanggah perlembagaan dan sistem Raja berperlembagaan.

4. Jika tidak kerana Mahathir berjanji ingin memberi kuasa kepada Anwar Ibrahim, kita tak akan nampak betapa Anwar Ibrahim menjilat ludah sendiri.

5. Jika tidak kerana Mahathir mendiamkan liberal bersuara, kita tak akan nampak betapa mereka yang sblm ini kononnya berfakta rupanya ramai yang cetek akademik.

6. Jika tidak kerana Mahathir meletakkan paksinya di dalam PKR, kita tak akan nampak kegilaan kuasa dalam parti tersebut.

7. Jika tidak Mahathir masuk ke dalam PH dan membawa undi Melayu sekadar perlu, DAP takkan berani menendang PAS dan membantu menubuh serta memberi talian hayat kepada PAN.

8. Jika tidak Mahathir memberi banyak jawatan memberi kepada DAP, kita tak akan tahu semua kerja mereka tidaklah hebat seperti kata-kata mereka sejak 20 tahun lalu.

9. Jika tidak kerana Mahathir membuka talian hayat kepada orang UMNO ke PPBM, tidak kita nampak siapa orang UMNO yang opportunist.

10. Jika tidak kerana Mahathir membuka ruang dan peluang memperoleh kuasa, tidak akan tertubuhnya PAN dan PAS dapat membersihkan kepimpinannya yang gila kuasa.

11. Jika tidak kerana Mahathir merealisasikan kejatuhan BN, maka pemimpin BN selamanya makin tak sedar diri dan lari dari perjuangan politiknya sendiri serta pembersihan sukar dilakukan dalam skala besar.

12. Jika tidak kerana Mahathir, agenda penyatuan ummah sukar untuk berlaku.

13. Jika tidak kerana Mahathir meletakkan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan, tidaklah kita sedar akademik selebriti boleh keluar agenda kasut hitam.

14. Jika tidak kerana Mahathir membuka ruang kuasa timbalan menteri pendidikan kepada pendidikan, tidak kita dapat lihat betapa sakainya mereka bila dapat kuasa dan cauvinis tanpa selindung.

15. Jika tidak kerana Mahathir MELETAKKAN KULASEGARAN SEBAGAI MENTERI SUMBER MANUSIA, tidak kita tahu betapa incompetent dan sakainya beliau bila mendapat kuasa.

16. Jika tidak kerana Mahathir MELETAKKAN BOSS HINDRAF SEBAGAI MENTERI PERPADUAN, tidaklah kita dapat lihat betapa porak perandanya perpaduan kaum diwaktu ini dibawah kepimpinan mereka.

Mungkin anda benci Mahathir tetapi anda tidak boleh menolak realiti bahawa dia adalah punca kepada terbukanya hijab kepura-puraan dan kecetekan pemikiran serta kemampuan kepimpinan PH.

Mungkin anda pelik mengapa TGHH dan Tok Mat memberi sokongan kepada Mahathir to keep his throne till next PRU, ini adalah kerana hanya Mahathir yang berani rival dengan DAP, cekap bertarung dengan taktik sesumpah Anwar dan satu-satunya individu didalam PH yang mempunyai capability memerintah negara.

Do u think Anwar can do so? He can't even control his own party. Lihat segalanya dengan mata kiri dan kanan. Insyallah dalam musibah ada rahmat. sentiasa berdoa semoga Allah masih mengurniakan rahmat dan keberkatan kepada kita, Allah juga yang menggerakkan hati Mahathir dalam melakukan segalanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...