Translate

25/08/2017

MALAYSIA BERDEPAN DENGAN BALA BESAR JIKA PAKATAN MEMERINTAH

Ke mana hilangnya Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh yang kononnya mahu menjaga kebajikan rakyat di kawasannya? Sehingga hari ini, tiada satu pun komen atau kenyataan yang beliau keluarkan mengenai kontroversi kilang haram di kawasan Parlimennya.
Inikah Ahli Parlimen yang diharapkan oleh gerombolan penyokong Pakatan Harapan untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia? Jika inilah orangnya yang dikatakan mempunyai kualiti pemimpin terbaik di dalam Pakatan, maka Malaysia sedang berdepan dengan bala besar.
Bayangkanlah jika KAWASAN PARLIMENNYA SENDIRI PUN BELIAU TAK MAMPU untuk menjaganya, apatah lagi jika beliau diberikan tanggungjawab yang lebih besar menjaga seluruh rakyat Malaysia. Sudahlah tugas sebagai wakil rakyat di DUN N25 Kajang pun beliau abaikan, ditambah lagi dengan ketidakmampuannya untuk menjaga Parlimen Permatang Pauh.
Semua ini menunjukkan bahawa pengundi-pengundi di kawasan Parlimen P44 ini sudah tersalah memilih pemimpin mereka. Orang yang diharapkan untuk menjaga rakyat, rupanya hanya tunggul kayu yang menjadikan rakyat sebagai sumber rezeki sahaja.
Maka tidak hairanlah jika ada yang mendesak Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bersama-sama Ketua Menteri Pulau Pinang yang terlibat dengan skandal rasuah itu. Kedua-dua pemimpin besar Pakatan di Pulau Pinang ini langsung tak layak untuk menjadi pemimpin.
AHLI SEUMUR HIDUP DAP PULAU PINANG, Shamsher Singh Thind, juga mempertikaikan tindakan politik terlampau kedua-dua pemimpin besar Pakatan terbabit. Menurut beliau, mereka harus meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan tugas untuk menjamin keselamatan rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...