KUALA LUMPUR – DAP mahu Presiden dan Ulama PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
berhubung tragedi Memali pada tahun 1985 dalam usaha parti itu menyelamatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa,
Presiden PAS perlu memberi keterangan tentang impak amanat beliau itu keatas
tragedi yang mengorbankan banyak nyawa penduduk kampung di Baling, Kedah
tersebut.
“Kita juga mahu tahu
bagaimana dia (Abdul Hadi) dapat “reconcile” amanat itu dengan hubungannya
dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini,” dakwanya dalam satu kenyataan bersentimenkan
politik hari ini.
Kit Siang turut membangkitkan kandungan Amanat Hadi
tersebut yang didakwa menyentuh tentang jihad bagi mengaitkan Presiden PAS
dengan tragedi berdarah berkenaan.
Beliau dalam pada itu mendakwa Abdul Hadi sejak
menjadi Presiden PAS melakukan perkara yang salah kerana tidak mematuhi
persefahaman yang pernah dicapai PAS dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
sewaktu Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup.
Akhbar hari ini melaporkan, kerajaan bersedia
menubuhkan RCI bagi menyiasat tragedi berdarah Memali pada 19 November 1985 di
Baling, Kedah.
Respons itu dibuat susulan desakan PAS supaya sebuah
RCI dibentuk bagi menyiasat insiden tersebut yang didakwa membabitkan bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.
Isu Memali muncul kembali apabila Mahathir yang kini
bersengkongkol dengan DAP menyalahkan penduduk kampung yang maut dalam tragedi
itu sewaktu menjawab soalan peserta forum Nothing to Hide 2.0 baru-baru ini
hingga menimbulkan pergaduhan besar.
Ironinya, sebelum Mahathir menyertai pembangkang,
pemimpin pembangkang yang kini membarisi Pakatan Harapan terutama dari PKR dan
Parti Amanah Negara (PAN) sering mengaitkan Tragedi Mamali sebagai angkara
Mahathir. – MYNEWSHUB.CC