PUTRAJAYA, 21
Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim maklum
mengenai kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM),
kata bekas penolong gabenor.
Datuk Abdul
Murad Khalid berkata bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu mengarahkan ia
dirahsiakan selepas perkara berkenaan dimaklumkan kepada bekas
gabenor Tan Sri Jaffar Hussein.
Katanya, Anwar
kemudian menjemput untuk menyertai lawatannya ke Hawaii, Amerika Syarikat bagi
menjelaskan isu tersebut.
“Anwar
menjemput saya untuk bersama penerbangannya ke Hawaii bagi menjelaskan kerugian
mata wang asing seperti diarahkan Jaffar.
“Saya
menjelaskan kepada Anwar dan beliau faham tentang kerugian itu dan akan
berbincang dengan Jaffar.
“Anwar berkata
jika kerugian sebenar didedahkan kepada umum, beliau terpaksa meletak jawatan
sebagai menteri kewangan,” katanya.
Murad memberi
keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diadakan di Istana Kehakiman di sini hari ini.
Anwar merupakan
menteri kewangan ketika skandal kerugian urus niaga mata wang asing tersebut.
Sumber: KLIK DISINI