Seorang
anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa bahawa matlamat
parti serpihan Umno itu adalah untuk
menjadikan timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
sebagai perdana menteri.
Kenyataan itu dibuat oleh Mohd Taufik Abas, 29, yang mendakwa dirinya
sebagai ahli dan adalah "exco" Armada, iaitu sayap pemuda parti
berkenaan.
“BERSATU banyak memperjuangkan politik individu.
“Lebih kepada memperjuangkan
Mukhriz sebagai perdana menteri, saya nampak itu sahaja,” katanya pada satu
sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Mukhriz adalah anak kepada
pengerusi BERSATU dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Taufik berkata beliau
menyertai parti itu beberapa bulan selepas ia ditubuhkan kerana bersimpati
dengan Mukhriz, bekas menteri besar Kedah, yang meletak jawatannya selepas
lantang mengkritik isu 1MDB.
“Mukhriz melaungkan perkara
tersebut (kebebasan bersuara) apabila beliau dipecat. Tetapi akhirnya jadi
macam ini.
“Kebanyakkan
yang menegur akan dicantas, yang mengkritik kepimpinan Tun Mahathir dan Mukhriz
akan dicantas.