Ke mana hilangnya Ahli Parlimen PKR Permatang
Pauh yang kononnya mahu menjaga kebajikan rakyat di kawasannya? Sehingga
hari ini, tiada satu pun komen atau kenyataan yang beliau keluarkan mengenai kontroversi
kilang haram di
kawasan Parlimennya.
Inikah Ahli Parlimen yang diharapkan oleh gerombolan penyokong Pakatan Harapan untuk menjadi Perdana Menteri
wanita pertama di Malaysia? Jika inilah orangnya yang
dikatakan mempunyai kualiti pemimpin terbaik di dalam Pakatan, maka Malaysia
sedang berdepan dengan bala besar.
Bayangkanlah jika KAWASAN PARLIMENNYA
SENDIRI PUN BELIAU TAK MAMPU untuk
menjaganya, apatah lagi jika beliau diberikan tanggungjawab yang lebih besar
menjaga seluruh rakyat Malaysia. Sudahlah tugas sebagai wakil rakyat di DUN N25
Kajang pun beliau abaikan, ditambah lagi dengan ketidakmampuannya untuk menjaga
Parlimen Permatang Pauh.
