Apakah kesan sampingan pengambilan ubat sendi yang mengandungi steroid?
Paling biasa dialami adalah bengkak anggota badan dan peningkatan berat badan secara tiba-tiba. Pengambilan tiga hingga lima hari berturut-turut sahaja sudah mencukupi untuk melihat kesan ini. Bukan sahaja penyakit sendi yang dialami semakin parah, malah ginjal mereka turut menjadi korban serta mengalami pendarahan usus (peptic ulcer). Selain itu, pesakit juga mengalami peningkatan gula dalam darah yang mengundang penyakit kencing manis serta tekanan darah meningkat (darah tinggi).
Kesan jangka panjang pengambilan ubat yang mengandungi steroid?
Ia boleh menyebabkan tulang rapuh seterusnya mengundang osteoporosis. Sebenarnya, pengambilan steroid berlebihan boleh memberi kesan kepada seluruh tubuh badan termasuk gangguan sistem saraf.