Translate

22/01/2011

PAS OH PAS...TERLUPA HADIS AL-QURAN DAN NABI KE?


"Para lelaki menjadi pemimpin atas kaum wanita" (An-Nisa' 34).


Tindakan PAS meletakkan calon wanita di Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri TENANG, membuktikan bahawa PAS kini telah ketandusan calon lelaki yang berkualiti untuk diketengahkan. Selain itu juga ianya menjadi BUKTI YANG KUKUH menunjukkan bahawasanya PAS selama ini telah mempermainkan agama demi kepentingan ideologi politik khawarij mereka.
 
Maka dengan itu kita dapat melihat PAS gemar bertukar-tukar pendiriannya. Sebagai contoh, jika sebelum ini ulama-ulama Suk' di dalam PAS mengeluarkan fatwa mengharamkan kerjasama antara orang ISLAM dengan orang Kafir dalam urusan pemerintahan, kini fatwa berkenaan terkena pada muka mereka semula apabila hari ini PAS bukan sahaja sanggup bekerjasama, malah sanggup berpeluk-pelukkan dengan kafir DAP yang tidak pernah mengaku ALLAH itulah sahaja tuhan yang layak disembah. Lihat sahaja betapa intimnya PAS di Selangor dan Perak....

Berbalik kepada tajuk yang asal, mengapa PAS Kalah di Tenang? Penulis berpendapat, momentum PAS dan PAKATAN KHAWARIJ sudah lari dari matlamat asal. Jika dahulunya PAS mewar-warkan konsep negara ISLAM, kini misi NEGARA ISLAM yang penulis mahukan itu sudah tidak menjadi asas kepada perjuangan PAS, malahan pemimpin PAS sudah 'bertukar lirik' dengan mengatakan ianya bukan lagi misi utama perjuangan hizbi berkenaan. Sebaliknya PAS mengatakan bahawa pengamalan ISLAM dalam kerajaan itu lebih menjadi keutamaan.
Pada pendapat penulis, sekiranya PAS mengatakan bahawa Misi Pengamalan ISLAM itu kini dijadikan misi utama mereka, maka PAS telah kebelakang kerana bekas Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir telah terlebih dahulu memperkenal dan melaksanakan DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM sejurus mengambil alih kepimpinan negara dari Tun Hussien Onn.

Melihat ketidak konsistennya PAS, penulis bimbang dengan ketidak mampuan PAS dalam urusan pentadbiran negara. Memang tidak dinafikan bahawa mereka mempunyai ramai 'ustaz-ustaz' namun pada pandangan penulis apalah gunanya kita mempunyai seorang pemimpin yang bergelar 'ustaz' tetapi tidak mahir dalam urusan pentadbiran rakyatnya. Dan sekirayanya kita mengkaji dan mendalami sejarah-sejarah ISLAM kita akan mendapati bahawa kebanyakkan ulama besar di dunia ini tidak terlibat secara lansung dengan politik atau tergila-gilakan kerusi pemerintahan sebaliknya memfokuskan perjuangan dan matlamat mereka membetulkan ummah melalui pemurniaan aqidah secara ilmiah (Majlis-majlis ilmu).

Sememamngnya Kuasa itu perlu, namun ianya bukanlah satu keutamaan yang dinilai oleh individu yang benar-benar bergelar ulama. Maka dalam hal ini, adakah PAS harus melihat semula dasar perjuangan mereka hari ini yang pada hemat penulis mendapati sudah tersasar jauh dari kehendak ISLAM yang sebenar. Dan meletakkan calon wanita sebagai calon mereka sudah cukup mencabuli salah satu larangan yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasulnya dalam urusan berkerajaan. Ini bertepatan dengan hadis Nabi yang berbunyi

"Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada seorang wanita" (HR. Bukhari).
Oleh kerana itu, penulis ingin menasihati kepimpinan PAS agar mengkaji semula kedudukan calon wanita berkenaan. Bukan untuk merendah-rendahkan martabat wanita ataupun menafikan kebolehan wanita dalam mentadbir, namun bila berbicara mengenai urusan pemerintahan dan kerajaan yang melibatkan kuasa yang tinggi, sememangnya ISLAM telah menetapkan larangan berkenaan. Dan tindakan ISLAM melarang wanita dari menceburi urusan pemerintahan tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memastikan kaum wanita terselamat dari fitnah yang akan dilemparkan keatas diri mereka.
 
Kesimpulannya disini, jika PAS sememangnya berdegil mahu meletakkan calon wanita, silakanlah. Namun secara tidak lansung ianya menjadi bukti yang perlu kita ingati bahawa PAS hanyalah sebuah parti yang tidak ada bezanya dengan parti-parti sekular yang lain seperti UMNO, DAP, PKR dan KITA. Jika UMNO sering dituduh mempermainkan perlembagaan negara demi survival parti mereka, PAS pula menggunakan ISLAM demi kepentingan politik mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...