Translate

22/01/2011

Cikgu Mala tak mahu salam pengundi Cina?

Perkara ini remeh kepada setengah orang, serius pada orang lain, dan lucu pada orang lain tetapi kepada pengundi Cina, ianya perkara serius dan sensitif. 

Rata-rata pengundi kaum Cina di kawadan DUN Tenang mengata mengenai insiden calun PAS Cikgu menghadiahkan limau. Kononnya Cikgu Mala menghormati perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang untuk menghadiahkan limau kepada pengundi-pengundi.

Dengan pengundi Cina perempuan, tidak ada masaalah. Menjadi masaalah apabila Cikgu Mala menghadiahkan pengundi Cina lelaki.

Cikgu Mala tidak bersalam dengan pengundi lelaki. Apabila dia memberi limau, dia nampak kekuk dan takut-takut untuk menyerahkan limau. Ada yang dia seolah-olah hanya jatuhkan saja buah ke tangan.

Pada pengundi Cina, ini sesuatu yang menghina mereka. Seolah-olah calun tidak menghargai mereka dan menganggap tangan mereka kotor. Pengundi mempunyai niat baik untuk mengucapkan maju jaya kepadanya.

Semasa penamaan calun, calun nampaknya dihalang oleh suami. Suaminya berada diantara calun dan pihak lawan.






Sememangnya kaum wanita seperti Cikgu Mala susah untuk menyentuh tangan lelaki lain untuk bersalam kerana indoktrinasi PAS dan interpretasi hukum..

Bagi pengundi kaum lain, Cikgu Mala kelihatan canggung dan kurang sensitif. Pihak PAS akan kata pengundi perlu fahami cara mereka.Susah sangat untuk pengundi nak ubah ikut cara mereka. Lebih baik ikut cara yang mereka iaitu cara terbiasa iaitu dengan calun BN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...