Translate

22/01/2011

Kereta wajib ada beg udara 2012

RANTAU PANJANG 21 Jan. – Mulai tahun depan, semua kenderaan termasuk kereta keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan diwajibkan memasang beg udara bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kematian akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

Katanya, walaupun tidak ada penguatkuasaan yang dibuat berhubung peraturan itu, ia perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.

“Kita telah melakukan kajian bersama termasuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan terbukti beg udara merupakan aksesori keselamatan yang paling penting,’’ katanya kepada pemberita pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran MCA Rantau Panjang di sini hari ini.
Peraturan baru itu bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan pacuan empat roda.

Namun begitu kalau dilihat dan dikaji, adakah setiap kali kemalangan yang berlaku di Malaysia ini memberi kesan yang positif bag udara kepada mangsa kemalangan ????? Adakah ini hanya untuk menguntungkan kepada syarikat-syarikat pengeluar bag udara ????????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...