Translate

22/03/2018

#PRU14: MAHATHIR TETAP MENGHINA PAS

Entah berpandu FATWA MANA dan oleh siapa, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad merumuskan bahawa ‘PAS BUKAN SEBUAH PARTI ISLAM

Nampaknya, beliau hanya menggunakan logik akal apabila berhujah bahawa PAS tidak layak menjadi parti Islam kerana parti itu dikatakan turut dianggotai ahli bukan Islam. 

PAS kalau dia bercampur dengan bukan Islam, dia jadi kafir. Takkan dia boleh. Dia tidak boleh. Dia orang yang pegang kepada prinsip, dia tahu kalau orang yang campur dengan kafir (maka) dia jadi kafir. 

“Jadi la ni pasal dia bercampur dengan DAP dulu, saya anggap parti PAS ini tak Islam,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen, baru-baru ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa manifesto partinya adalah naskah yang diteliti dan mengambil kira pandangan banyak pihak termasuk daripada bukan Islam.
  
Ini bukan kali pertama Dr Mahathir cuba ‘mengacah dan mencemar’ imej PAS dengan mengaitkannya isu ‘kafir atau tidak kafir’ membabitkan PAS.

Sebelum ini Pengerusi PPBM itu melabel Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai ‘kafir’ dan ‘pengkhianat’ kerana bekerjasama dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun Hadi sebaliknya, mengumumkan beliau memaafkan Dr Mahathir atas faktor usianya yang sudah lebih 90 tahun dan menasihati bekas perdana menteri itu bertaubat.

Jika diturut logik Mahathir, satu perkara yang sudah pasti ialah, parti pimpinannya, PPBM, juga bukan sebuah parti Islam kerana bersekongkol dengan parti dominan Cina, DAP.

Ini bermakna walaupun Amanah menegaskan terbabit dalam politik Malaysia kerana mahu menggantikan PAS sebagai sebuah parti Islam juga gagal kerana terkait dengan “ketidakIslaman” DAP.

Logik Mahathir ini membabitkan PKR juga. Ia adalah sebuah parti yang membuka keahlian kepada bukan Melayu dan bukan Islam. Sudah tentu ini bermakna PKR juga sebuah parti politik yang tidak berpaksikan ajaran Islam.

Jika setiap kerabat PH tidak layak dipanggil parti politik Islam, apa yang Mahathir dapat?

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...