Translate

06/12/2017

GOLONGAN JULAT UMUR 22-32 TAHUN PERLU DIBERI PERHATIAN PRU 14

Tujuh tahun lalu, pada Oktober dan November 2010, 1,060 orang muda Islam berumur antara 15 hingga 25 tahun telah ditemubual oleh mereka yang dikatakan sebagai terlatih daripada Merdeka Centre. Setiap temubual mengambil masa lebih daripada satu jam dan berlegar sekitar pembangunan diri, orientasi keluarga, agama, politik, persekitaran sosial, lifestyle (gaya hidup) dan nilai-nilai.

Para responden pula telah memberi maklumat yang banyak berkenaan KEHIDUPAN KELUARGA, aktiviti-aktiviti rekreasi, profesyen dan matlamat peribadi serta orientasi politik, selain daripada peranan Islam dalam hidup mereka.

Menariknya, survey ini dilaksanakan ke atas golongan muda Muslim oleh Merdeka Centre, laporannya pula disediakan oleh Datuk Dr Chiam Heng Keng (UM), Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz (IDEAS) dan Dr Wong Chin Huat (Monash University), manakala para penganalisis pula adalah Dr Shamsul Amri Borhan (UKM) dan Dr Chiam Heng Keng (UM), Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz dan Dr Wong Chin Huat, yang semuanya dilihat sebagai tidak ada minat untuk membina generasi baru Islam.

Lebih menarik apabila penganalisis yang membuat laporan perbandingan bagi kajian serentak dengan Indonesia ini adalah tokoh Indonesia iaitu Dr Siti Musdah Mulia (UIN, Jakarta). Daripada kacamata kajian, ianya dilihat sebagai satu inisiatif terpuji kerana dapat mengenalpasti kecenderungan sikap dan pemikiran golongan muda, serta seharusnya maklumat dan analisis boleh digunakan untuk membantu membina generasi baru.


Namun, daripada ruang lingkup persoalan yang dikemukakan, dan ianya dikaji oleh mereka yang jelas tidak ada kaitan dengan program pembangunan Muslim, apa lagi apabila nama-nama yang terbabit sudah ADA REKOD AKTIVITI MEREKA DALAM USAHA MENGACAU-BILAU PEMIKIRAN MUSLIM DI NEGARA INI, kajian ini, rumusannya dan tindakan-tindakan pasca kajian ini seharusnya hendaklah diberi perhatian oleh mereka yang berasa diri mereka mahu menjaga Islam di negara ini.

Malah, kesimpulan matlamat kajian ini terangkum dalam tajuk laporan pada kulitnya, yang berbunyi “Winning Young Voters – A Handbook for Campaigns, Candidates, Political Parties and Organisations” (Memenangi Pengundi Muda – Buku Panduan untuk Kempen, Calon-calon, Parti-parti Politik dan Organisasi), diterbitkan oleh Friedrich Naumann Stiftung (Bangkok, Jakarta) dengan kerjasama Goethe Institut (Jakarta, Kuala Lumpur), atau saya singkatkan sebagai kerjasama FNS-GI.

Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah fokus kajian adalah kepada golongan julat umur 15-25 tahun pada tahun 2010, merangkumi 10 batch, atau boleh mewakili sekitar 2.7 juta pengundi muda Muslim bagi PRU14, dengan julat umur kini antara 22-32 tahun. Pemerhatian ini lebih menarik apabila para penyokong Kerajaan Pusat (UMNO-BN) membuat perkongsian gembira dengan keputusan pilihanraya kampus yang berlangsung baru-baru ini di mana semua kampus IPTA kepemimpian mahasiswa dimenangi oleh para pelajar Pro-BN.

Tahun lepas, apabila perkongsian kemenangan yang serupa dibuat, saya buat hipotesis bahawa pihak perancang Pro-Bukan Kerajaan sudah meninggalkan kampus dan memberi tumpuan kepada golongan pekerja muda. Apabila kemenangan begitu mudah dicapai dalam kampus pada tahun ini oleh pasukan Pro-Kerajaan BN, saya teliti semula kajian FNS-GI ini, sangkaan saya semakin hampir kepada telahan tahun lepas, iaitu ‘medan IPT sudah ditinggalkan’ kerana golongan pengundi tumpuan mereka sudah berada di persada kotak undi.

Mungkin, sebagai nota ringkas catatan ini, para perancang harus teliti rumusan kajian yang telah dibuat bagi kajian tahun 2010 tersebut yang memberi petanda corak pendekatan bagi memenangi hati dan undi bagi golongan Muslim dalam julat umur 22-32 tahun. Dr Mohd Fauzi Shaffie merupakan Pengurus Besar, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...