Translate

30/09/2016

Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad Meleset Lagi

"Kejayaan lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jerman minggu ini membuktikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah salah bahawa Malaysia sebuah negara yang gagal," kata Pengarah Strategi Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, ia mungkin Dr Mahathir mahu menutup malu kerana pengaruhnya kini telah merosot.

"Bukan hanya dengan membandingkan perdana menteri kita dan lain-lain dalam kerajaan dengan Nazi, tetapi berbuat demikian semasa perdana menteri berada di Jerman," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

27/09/2016

Terang-terang saya sebut, dia (DAP) menentang Islam - Presiden PAS

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyokong pendirian Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan tidak akan bekerjsama semula dengan DAP dan parti-parti yang bersamanya.
Nik Abduh berkata dengan kemunculan blok baharu Gagasan Sejahtera yang dianggotai oleh PAS dan Parti Ikatan dengan sokongan NGO-NGO Islam menandakan era PAS bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sudah tamat dan permulaan era baharu Parti Islam yang lebih diterima rakyat

“Gagasan Sejahtera wujud selepas kegagalan dan pecahnya Pakatan Rakyat. Gagal akibat DAP yang menafikan hak PAS untuk meneruskan perjuangannya sendiri sebagaimana janji dalam Pakatan Rakyat.

25/09/2016

INGATLAH WAHAI BANGSA KU, AGAMA KU DAN NEGARA KU !!!

Cina marah DS NAJIB buat kedai 1 Malaysia seluruh negara sebab ganggu peruncitan yang dimonopoli oleh Cina. Cina paling marah bila DS NAJIB buat GST. Dgn GST tak boleh tipu2 lagi. Memang semua peringkat rasa penangan GST tapi yang paling terkesan adalah tokay2 besar.

Tu pasal Cina tak puas hati betul dgn DS NAJIB. Berapa sangat kesan pada Orang Melayu kecuali pemborong dan pengedar yg ramainya bangsa Cina. la depa susah la sikit nak menipu. lagipun semua kena declare. sapa yg akan untung.

DS NAJIB naikkan gaji guru. Siapa guru.. Majoriti Orang Melayu. Kalau askar tak payah cakap lah.. Dulu prebet berapa ratus jer gaji. Sekarang prebet je dah ribuan. Siapa yang jadi mat perang. Mostly Orang Melayu. Orang2  masjid semua termasuk penggali kubur dapat buat haji free.

23/09/2016

MAHATHIR HILANG AKAL DAN KUDA TUNGGANGAN DAP ?


“Kita selamatkan Mahathir dan menggunakan Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Najib.

“Lim Kit Siang gunakan Mahathir untuk 'Selamatkan Malaysia'. Lim Kit Siang sudah cari banyak cara untuk 'Selamatkan Malaysia' termasuk memperalatkan Mahathir.

“Hari ini, aku bagi pesanan ini, tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib,” kenyataan Hew dalam rakaman terbaharu dipetik.

22/09/2016

Beranikah Mahathir Bersumpah, Pasal Kekayaan Mokhzani

Blogger Politik, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendakwa Tun Mahathir Mohamad sebagai pembohong apabila mendakwa tidak terlibat untuk memastikan anak-anaknya menjadi kaya ketika menjawat jawatan sebagai perdana menteri.

Menurut Raja Putra penafian Mahathir itu sukar diterima akal kerana anaknya Datuk Seri Mokhzani Mahathir merupakan antara individu terkaya di negara ini.

Malah menurut laporan yang dikeluarkan oleh Forbes, Mokhzani tersenarai sebagai individu ke-28 paling kaya.

“Kerusi yang diduduki Mokhzani dalam Tongkah (Holdings Berhad) kemudiannya membuka pintu kepada anak bekas Perdana Menteri itu kepada pegangan tidak langsung kepada Phileo Allied Bank (dahulunya dikenali sebagai Allied Bank).

11/09/2016

Berlumba2 Menyalahkan Najib Demi Kepentingan Peribadi Yang "BUSUK'

Perlukah saya berhenti dari mengingatkan?

Mungkin ada antara sahabat masih tidak mampu untuk memikirkan
keadaan akhir zaman ini FITNAH MEMFITNAH seolah-olah amalan yg dituntut dalam Islam. Walhal kita sengaja diajak oleh para ilmuan khususnya Ulama-Ulama, Ustaz politik kearah semakin menjauhi amalan Islam dengan bersusah payah berlumba-lumba memburu dunia dengan menjadikan fitnah seumpama amal ibadah tidak langsung menyedari sengaja bersusah payah mendekatkan diri menghampiri laknat Allah.

Usahkan MEMFITNAH sedangkan mencaci mencela kerana memburu kemegahan dunia pun Allah LAKNAT.

07/09/2016

Yang Bankrap Anak Daim, Bukan Kerajaan Malaysia

Difahamkan mesej Whatsapp menggunakan nama Daim Zainudin kononnya kerajaan Malaysia akan bankrap tahun depan, sebetulnya palsu, bukan Daim pun yang hantar.

Kita baca pun dah boleh agak bukan Daim tulis. Alasan kukuh senang kata bukan Daim tulis ialah, Daim tak boleh halang anak dia dari diisytihar bankrap pun, apa lagi nak ramal konon negara ni bankrap pulak.

Anak Daim,Wira Dani diisytihar muflis oleh sebuah mahkamah Singapura kerana kegagalan membayar hutang melebihi 1 juta Sing Dollar.

02/09/2016

MUHYIDDIN NAK TUTUP LUBANG SENDIRI ???

RM 4 Billion: Muhyiddin Perlu Berhenti Bercakap, Tunjuk Bukti Kalau Ada

Muhyiddin Yassin hendaklah berhenti membuat tuduhan tidak berasas ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini merujuk kepada dakwaan terbarunya konon RM 4 billion sudah sedia ada dalam akaun dibawah nama Najib seperti ditunjukkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail.

Sehingga ke saat artikel ini ditulis, Ghani masih tidak memberikan sebarang respon kepada dakwaan tersebut. Mahathir juga beberapa hari yang lepas, menuduh Ghani sebagai salah seorang dari 3 Tan Sri yang terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Najib.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...