Difahamkan mesej Whatsapp menggunakan nama Daim Zainudin
kononnya kerajaan Malaysia akan bankrap tahun depan, sebetulnya palsu, bukan Daim pun yang hantar.
Kita baca pun dah boleh agak bukan Daim tulis. Alasan kukuh senang
kata bukan Daim tulis ialah, Daim tak boleh halang anak dia dari diisytihar
bankrap pun, apa lagi nak ramal konon negara ni bankrap pulak.
Anak Daim,Wira Dani diisytihar muflis
oleh sebuah mahkamah Singapura kerana kegagalan membayar hutang melebihi 1 juta
Sing Dollar.
Lagipun Daim ni orang yang berpihak dan
apa nak diharapkan dia bagi pandangan yang bebas dan adil? Dah banyak kali
Najib tolong dia pun, dia masih macam itu juga, hamba kepada duit dan dirinya
sendiri.
Hubungan dia dengan Mahathir saling
guna menggunakan, tak lebih dari itu.
Rakyat perlu berhenti beriman dengan
media sosial. Tapis-tapislah apa yang dibaca tu, dan paling penting, toksah
sebar kalau tak pasti. Nak pastikan diri sendiri tak bankrap pun ada yang tak
mampu, nak komen pasal negara bankrap macam mana?
Berfikirlah.
Sumber: Balqis Sheikh.
Sumber: Balqis Sheikh.