Perlukah saya berhenti dari
mengingatkan?
Mungkin ada antara sahabat masih tidak mampu untuk memikirkan keadaan akhir zaman ini FITNAH MEMFITNAH seolah-olah amalan yg dituntut dalam Islam. Walhal kita sengaja diajak oleh para ilmuan khususnya Ulama-Ulama, Ustaz politik kearah semakin menjauhi amalan Islam dengan bersusah payah berlumba-lumba memburu dunia dengan menjadikan fitnah seumpama amal ibadah tidak langsung menyedari sengaja bersusah payah mendekatkan diri menghampiri laknat Allah.
Usahkan MEMFITNAH sedangkan mencaci
mencela kerana memburu kemegahan dunia pun Allah LAKNAT.
"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap
pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung
kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia
ini)!" (Al Humazah 1-3)
Oleh itu sahabat. Jauhilah HASUTAN,
LIDAH-LIDAH yang mengajak kita kearah persengketaan kerana memburu dunia. Dalam #TASAWUF. Kemegahan dunia ini punca merosakan hati contoh kesannya pada
perkara yang kita hadapi sekarang ini.
Sepatutnya dengan berpandukan kepada hukum-hukum
dalam Quran & Sunnah. Kita dapat menafaatkan
Islam untuk kesejahteraan & kebaikkan diri kita semua yg membawa kepada
kebaikkan, ketenangan, kebahagiaan dunia hingga akhirat. Malangnya kita tak
sedarpun semakin ramai menjauhi Islam dengan sengaja ingin tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat Allah.
Na'uzubillah.
Na'uzubillah.
"Sedarlah wahai orang-orang yang
lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa
mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak
menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi
kehidupannya)."
(Al Qiamah : ayat 20-21)
(Al Qiamah : ayat 20-21)
Sumber: Balqis Sheikh