Rabu, 28 Disember 2016

Berapa Gaji Wan Azizah Sebulan? Patutlah Senyum

Pengguna Facebook pro PAS, Mohd Sobri membuka persoalan baharu dengan bertanyakan berapakah gaji bulanan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Persoalan Mohd Sobri dikupas seperti berikut:

(A)    Elaun (kerana kita tak ada slip gaji Azizah, elaun dia kita ikut slip gaji Rafizi)

Elaun keraian Ahli Parlimen – RM1,500
Elaun tetap pemandu kereta – RM1,200
Elaun telefon Ahli Parlimen – RM900
Elaun tetap Perjalanan – RM1,500
Bayaran Khas Ahli Dewan Rakyat – RM1,500
———————————————————–
(B) Elaun Ketua Pembangkang – RM3,846.59.
Total Elaun – RM10,446.59
(C) Ahli Parlimen Permatang Pauh – RM16,000
(D) Adun Kajang – RM11,250
Gaji keseluruhan – RM37,696.59
Hanya kerana dia bini Anwar, dia dapat gaji RM37,696.59 sebulan. 

Maunya dia tak happy. Gambar dia memanjang senyum sampai ke telinga. Boleh la pergi stalk FB dia tengok.
Pencen nanti pun dapatlah lebih kurang RM13,000.
Sudahlah berdebat di dewan macam nenek tua tergagap-gagap.
Kerja jadi ADUN di Kajang pun setakat ligat datang kenduri show off kipas ikut warna baju.
Yang macai dok kasihankan Azizah tu, berapa gaji kamu sebulan? 

Sumber: KLIK DISINI


Ahad, 25 Disember 2016

Setahun Berlalu PAN Masih Tiada Identiti Jelas

21 September 2016, puak-puak PAN telah mengadakan forum ‘Setahun Amanah (baca PAN): Subur atau Terkubur’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Program ini anjuran Pemuda PAN Wilayah Persekutuan.

Mereka yang dijemput sebagai panel ialah Hisomuddin CEO Ilham Center, Fathi Aris Omar (dulu pernah bergiat dengan IRC kemudian meninggalkannya menjadi penulis dengan pemikiran bebas), Zubair Rahim PAN Wilayah, Wan Ahmad Fayhsal (katanya penganalisis) dan Ooi Heng, CEO Kajian Politik KPRU.
Tak ramai yang hadir dan itu biasa untuk program parti PAN. Gimik sahaja lebih. Kerusi dihadapan banyak yang kosong, yang hadir memenuhi kerusi belakang mungkin malu masuk dalam gambar kot!
Sepanjang forum ini berlangsung kebanyakkan ahli panel membuat perbandingan dengan PAS. Saya tak sempat nak membilang berapa kali perkataan PAS disebut. Saya rasa mungkin lebih banyak daripada perkataan AMANAH (baca PAN).

Jumaat, 16 Disember 2016

TINDAKAN MAHATHIR SUDAH KETERLALUAN

Mukhriz Belum Jadi PM, Mahathir Sudah Mula Serang Istana

Agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri, bukan rahsia lagi dan ia menjadi punca kenapa beliau berterusan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan itu sahaja, beliau turut bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP untuk mengguling Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

Namun serangan demi serangan itu diketahui gagal, bak kata Najib yang juga presiden UMNO bahawa Mahathir mempunyai `super ego yang kuat.



“Dr Mahathir Musnahkan Seluruh Pengorbanan Saya Sejak 17 Tahun Lalu” Dan Semakin JAHAT ???

“Amat menyedihkan sekali sekeping surat yang memerlukan masa 10 minit menulisnya telah memusnahkan khidmat saya selama lebih 17 tahun -  Tunku Abdul Rahman.
“Dr Mahathir sendiri tahu untuk bangsa dan negara, saya telah mengorbankan segala kesenangan dan telah menjadi miskin dan papa malah untuk membayar cukai pendapatan pun saya terpaksa menjual harta benda.” – Tunku Abd Rahman, dipetik dari Surat daripada Dr Mahathir, Zainuddin Maidin, p27.
Itu adalah kata-kata bekas Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman bila ditanya tentang surat Dr Mahathir kepadanya.
Mesti anda pernah dengar atau baca tentang surat Dr Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman yang minta Tunku letak jawatan sebagai Perdana Menteri (klik sini untuk baca surat tersebut).
Walaupun, perkara ni dah berlaku lebih kurang 47 tahun lalu, tapi kalau kita tengok balik perkara ni dengan zaman sekarang, kita akan nampak satu persamaan. Iaitu: 
“DR MAHATHIR MINTA PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN”

Selasa, 13 Disember 2016

Mat Sabu Mahu Pakatan Diikat Dengan Perjanjian Takut Main Belakang

Parti Amanah Negara (PAN) mahu Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diikat dengan satu perjanjian persefahaman yang kuat.
Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau percaya bahawa DAP, PKR, PAN dan PPBM yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersedia untuk mewujudkan ikatan perjanjian tersebut.
“Semangat politik semata-mata untuk mengalahkan UMNO tanpa disertai komitmen untuk membina kerjasama politik yang padu, tidak mampu melakukan reformasi total.
“PAN bersama Pakatan Harapan dan PPBM komited untuk menubuhkan sebuah kesatuan pembangkang bagi mengadapi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan satu logo,” katanya seperti terkandung dalam teks ucapan beliau bersempena Konvensyen PAN 2016 hari ini.

Isnin, 12 Disember 2016

Umat Islam Mesti Bersatu Padu! – Presiden PAS

Umat Islam Malaysia mesti bersatu padu terlebih dahulu jika mahu menjadi sebuah umat yang dapat menyebarkan rahmat kepada semua.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam negara ini mesti bersatu padu dengan berpegang kepada sunah Nabi Muhammad S.A.W.
“Umat Islam mesti menggenggam erat syariat Allah. Seterusnya bangkit sebagai umat yang akan menebarkan rahmat ke seluruh alam ini,” katanya dalam satu kenyataan bersempena sambutan Maulidur Rasul 1438H semalam.
Abdul Hadi berkata, usaha untuk menegakkan seluruh usaha Nabi Muhammad S.A.W. ke atas umat manusia perlu dilakukan secara istiqamah.

Sabtu, 10 Disember 2016

Raja Bahrin Ibarat Ayam Bergelumang Tahi ???

KUALA LUMPUR – “Ayam berkokok berderai derai, ekor sendiri bergelumang tahi,” kata Pegawai Pusat Penyelidikan PAS, Syed Ahmad Fadhli.

Beliau menujukan kata-kata itu ke atas pemimpin Pakatan Harapan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah Negara (PAN).
Menurut beliau, Raja Kamarul sejak menyertai PAN menyerang PAS dalam pelbagai isu tanpa menyedari kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dimenangi atas tiket PAS pada tahun 2013.
Katanya, terbaru pemimpin Pakatan Harapan itu mendakwa isu kekejaman ke atas etnik muslim Rohingya yang diperjuangkan secara bersama oleh PAS dan UMNO dalam satu perhimpunan baru-baru ini kononnya telah lama diperjuangkan oleh beliau.

Jumaat, 9 Disember 2016

KERAJAAN JOHOR PATUT SAMAN MAHATHIR MEMBURUKKAN REPUTASI KERAJAAN NEGERI

Tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kerajaan negeri Johor memberi status kerakyatan kepada 700,000 rakyat China sekali lagi disanggah Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam kenyataan medianya, beliau menyifatkan tuduhan bekas perdana menteri itu sebagai tidak berasas dan bertujuan menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat negara ini.

"Saya kekal konsisten dengan pendirian tegas dan kenyataan saya sebelum ini mengenai dakwaan Mahathir berkaitan 700,000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi kad pengenalan (IC) untuk menjadi pengundi sebagai tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat untuk mengeliru serta menakut-nakutkan rakyat.

"Untuk rekod, dakwaan Mahathir tersebut dibuat dalam satu siri ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

"Dakwaan melulu Mahathir tersebut bukan sahaja tidak logik dan berasas, malah sangat tersasar dari bersandarkan sebarang fakta dan mana-mana sumber yang sahih," demikian tegasnya.

RAHSIA DAN KELEBIHAN AIR KUNYIT

Kunyit merupakan bahan yang sangat penting dalam masakan dan minuman. Selain warna + bentuknya, khasiat dan kelebihan kunyit sangat-sangat menakjubkan. Tahukah kita bahawa kunyit dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit KANSER?

Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi KANSER + penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi + sederhana tahap vitamin B6 + kalium.  Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat + seimbang.

Kelebihan dan kebaikan KUNYIT

§     Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar
§     Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada
§     Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2
§     Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.
§     Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak
§     Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza
§     Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan
§     Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan
§     Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid
§     Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan
§     Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas
§     Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah
§     Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak
§     Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang.

Khamis, 8 Disember 2016

KONSEP BAYARAN SAMAN "BAYAR LEWAT, BAYAR LEBIH"

Rabu, 7 Disember 2016

14 Bangunan Roboh karena Gempa di Aceh

Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) mencatat, sebanyak 14 bangunan roboh akibat gempa bumi tektonik bermagnitudo 6,5 di Kabupaten Pidie Jaya, Provinsi Aceh, Rabu (7/12/2016).

"Bangunan tersebut 10 ruko roboh dan empat rumah roboh, beberapa tiang listrik roboh di Pidie Jaya, satu orang terluka," kata Kepala Pusat Data Informasi dan Humas BNPB Sutopo Purwo Nugroho di Jakarta.

Dia mengatakan Posko BNPB telah mengonfirmasi ke BPBD gempa tersebut tidak memicu tsunami.

Gempa, kata dia, sangat kuat dirasakan selama 15 detik di Kabupaten Pidie Jaya dan Kabupaten Pidie. Masyarakat panik dan berhamburan keluar rumah.

"Ada beberapa bangunan di Ulle Glee, Kabupaten Pidie roboh. Sedangkan di Kabupaten Bireuen terdapat masjid yang rusak akibat gempa," kata dia.

Selasa, 6 Disember 2016

Nyanyuk Mahathir Semakin Parah DiBenci Oleh DAP ???

DAP Lebih Melayu Sebab Lagu Parti Itu Melayu, Nyanyuk Mahathir Bertambah Parah

Kenyataan Mahathir baru-baru ini bahawa DAP lebih Melayu dari UMNO sebab lagu parti itu adalah dalam bahasa Melayu, tidak harus dipandang serius.

Siapa gila nak percaya dengan cakap seperti itu? Takkanlah sebab hanya lagu saja Melayu tapi yang lain tidak, maka dia jadi lebih Melayu dari UMNO? Tak perlu pandang jauhlah, Chi Man Hin yang duduk sebelah Mahathir itupun tidak mampu bercakap dalam bahasa Melayu.

Rabu, 23 November 2016

Projek Mega Ditolak Punca Matthias Chang/Mahathir Berdendam Najib

Dalam video baru-baru ini, Najib bercakap tentang projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan bagaimana ia telah dirancang lama sebelum ini.

Najib juga mendedahkan bahawa Matthias Chang, bekas setiausaha politik kepada Mahathir, telah memohon kepada Najib untuk projek mega bagi membina terusan (terusan air) dari Kuantan ke KL melalui banjaran Titiwangsa.

Najib mentertawakan idea ketinggalan zaman itu dan juga cabaran besar terhadap ekonom terhadap idea pengangkutan yang bergerak secara perlahan.
Sudahlah projek tak dapat, dia diketawakan pula.
Tidak hairanlah Mahathir dan Matthias Chang marah kepada Najib.

Sumber: KLIK DISINI

Isnin, 21 November 2016

PERMERGIAN SEORANG BLOGGER YANG SUKAR DICARI GANTI "DIN-TURTLE"

DIR TURTLE nama timangannya dan nama sebenarnya adalah SAIFUDIN BIN MAHMUD telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 20/11/2016 jam lebih kurang 5.30 petang dipangkuan isterinya dirumah Tingkat 11, Flat Ladang, Kuala Terengganu.

Menurut info dari isterinya, arwah tiada menunjukkan tanda-tanda luar biasa, hanya mengadu penat dan lenguh di bahu sebelah kiri dan terbaring diatas katil. Pada kelazimannya arwah sentiasa berada dihadapan ‘lap-top’ nya untuk menyiapkan artikel-artikel blognya.

Isterinya kemudian menyapu minyak panas dibahagian bahu sebelah kirinya dimana arwah telah menunjukkan tanda-tanda luar biasa sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Jenazah akan dikebumikan jam lebih kurang 10.00 pagi di tanah perkuburan Islam Ladang berhampiran dengan Primula Hotel, Kuala Terengganu.

Sama-sama lah kita panjatkan doa semua roh arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. AL-FTIHAH.

Ahad, 20 November 2016

#TAHNIAH PDRM# Giliran Tian Chua dan Zuraida pula ditahan

BANGSAR: Dua pemimpin kanan PKR menjadi individu terbaru ditahan pihak berkuasa berhubung demonstrasi BERSIH 5 hari ini.

"Saya ditahan di bawah Seksyen 147/511 (Kanun Keseksaan). Sekarang dalam perjalanan ke (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur) di Jln Hang Tuah," kata Naib Presiden PKR Tian Chua melalui Twitter.

Peguam R Sivarasa menyatakan Tian ditangkap di rumahnya di Bandar Utama oleh sepasukan polis dari IPK Kuala Lumpur.

"Tuduhan (yang dihadapkan kepadanya) di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (iaitu) berkaitan dengan penglibatan dalam rusuhan.

Jumaat, 18 November 2016

TUN MAHATHIR KENCING PESERTA BERSIH 5 ESOK!!! #Bersih5 #Merah

Memali & Bersih 5, Kali Ini Mahathir Betul Betul Lari

Esok, 19 November, adalah ulang tahun ke
31 tahun tragedi berdarah Memali di Baling, Kedah.
Tragedi yang mengorbankan 14 orang itu berlaku semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketika kejadian, rakyat dimaklumkan bahawa Dr. Mahathir berada di China dan menyerahkan kepada timbalannya, Tun Musa Hitam untuk menyelesaikan perkara itu hingga menyebabkan Musa dipersalahkan kerana gagal mengawal pertumpahan darah.
Malah wujud spekulasi mendakwa Musa memberi arahan untuk menembak mati dua penduduk kampung itu.

Khamis, 17 November 2016

KEKAYAAN LUAR BIASA DATUK ADAM ROSLY 28 TH

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mencadangkan Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly membuat pengisytiharan harta dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, ini bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi timbul berhubung kekayaan luar biasa yang didakwa dimiliki Adam.

"Cara paling mudah untuk mengurangkan atau mencegah penyelewengan dan rasuah ialah ahli politik dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi perlu mengisytiharkan harta setiap tahun. Saya sendiri akan isytihar harta minggu depan.

Isnin, 14 November 2016

MAHATHIR TUDUH HADI " MAKAN DEDAK DAN TERIMA RASUAH" DARI NAJIB

Jika mengikut sifir politik Tun Mahathir Mohamad, PAS perlu memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau dijadikan 'pariah politik' kerana "makan dedak".

Sehubungan itu, Pengerusi PPBM itu menegaskan kesediaan partinya menentang PAS jika ia tidak menyokong gerakan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Beliau berkata, PH yang merangkumi PKR, DAP dan Amanah harus diberi sokongan penuh menjatuhkan Najib dan mendakwa parti politik yang enggan turut serta mungkin sudah termakan 'dedak'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...