Translate

Memaparkan catatan dengan label MB Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MB Johor. Papar semua catatan

30/06/2022

#ISU BATU PUTIH: MB JOHOR BETUL: SAMAN TUN MAHATHIR

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi desak tindakan undang-undang diambil ke atas pengkhianat yang menyebabkan negara kehilangan Pulau Batu Puteh selama lamanya.

Siapakah pengkhianat itu? Walaupun tidak sebut nama, semua tahu Tun Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab.

Kita tidak lagi boleh berbuat apa apa. Tempoh merayu sudah tamat. Sebagai pengajaran kekal, TUN MAHATHIR MESTI DISAMAN DAN BAYAR GANTI RUGI. RM3 BILION paling sesuai. Baru padan.

Justeru, saya tawar diri untuk saman Tun Mahathir. Ini soal maruah kerana dia jual kedaulatan Johor dan negara.

Ramai tidak tahu pada 2 Febuari 2017 bekas Peguam Negara Apandi Ali hantar surat ke ICJ The Hague mohon semakan kehakiman Pulau Batu Puteh. ICJ tetapkan 11 Jun 2018 tarikh pendengaran.

Tetapi pada 14 Mei 2018 (empat hari selepas PH memerintah) Apandi Ali dipaksa bercuti (force leave) dan tempat beliau dipangku oleh Peguamcara Negara (Solicitor General).

Pada 28 Mei 2018 (18 hari Tun Mahathir jadi PM) Peguamcara Negara hantar surat kepada ICJ tarik balik permohonan semakan kehakiman. Ia tarikh hitam negara.

IA DIRAHSIAKAN. Rakyat hanya tahu bila tempoh merayu tamat. Rupanya Tun Mahathir telah batalkan permohonan semakan kehakiman. Apakah Kabinet tahu.

Apa muslihat Tun Mahathir?

Terkini, TUN MAHATHIR TETAP ANGKUH. Dia enggan hadiri siasatan Pasukan Petugas Khas Pulau Batu Puteh. Dia pengkhianat dan penjenayah. Tubuh segera RCI Pulau Batu Puteh

Rujukan: https://www.facebook.com/100044611321476/posts/606716634158709/


09/12/2016

KERAJAAN JOHOR PATUT SAMAN MAHATHIR MEMBURUKKAN REPUTASI KERAJAAN NEGERI

Tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kerajaan negeri Johor memberi status kerakyatan kepada 700,000 rakyat China sekali lagi disanggah Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam kenyataan medianya, beliau menyifatkan tuduhan bekas perdana menteri itu sebagai tidak berasas dan bertujuan menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat negara ini.

"Saya kekal konsisten dengan pendirian tegas dan kenyataan saya sebelum ini mengenai dakwaan Mahathir berkaitan 700,000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi kad pengenalan (IC) untuk menjadi pengundi sebagai tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat untuk mengeliru serta menakut-nakutkan rakyat.

"Untuk rekod, dakwaan Mahathir tersebut dibuat dalam satu siri ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

"Dakwaan melulu Mahathir tersebut bukan sahaja tidak logik dan berasas, malah sangat tersasar dari bersandarkan sebarang fakta dan mana-mana sumber yang sahih," demikian tegasnya.

24/06/2014

SEBELUM TANAH JOHOR TERGADAI, TINDAKAN LEBIH TEGAS PERLU DIAMBIL SEGERA


TAHNIAH, TAHNIAH DAN TAHINAH SULTAN JOHOR DAN MB JOHOR

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akhirnya mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi yang menyelubungi pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014.
Sultan Ibrahim bertitah, baginda tidak berniat untuk mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Sebaliknya, baginda bertitah, kegembiraan rakyatnya yang menjadi keutamaan dan baginda mahu memastikan mereka faham mengenai peruntukan dalam Enakmen LPHJ 2014 itu.
Sultan Johor“Tidak ada campur tangan. Saya mahu rakyat faham enakmen itu dan gembira dengan perkara itu,” titah baginda.
Titah Sultan Ibrahim lagi, wakil kerajaan negeri akan mengadakan siri jelajah (roadshow) ke seluruh Johor bagi membuat penjelasan berhubung peruntukan dalam enakmen berkenaan.

07/06/2014

USAHA DAP NAK BERTAPAK DI JOHOR BERKECAI ???


SOKONG 101 % TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN NEGERI JOHOR. KALAU BOLEH CEPATKAN  SEBELUM PRU KE 14.

TERLALU KEJAR KEMAJUAN = MARUAH & KG. HALAMAN TERGADAI !!!!

SULTAN DIBERI KUASA PUN APA SALAHNYA, DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.

UNDANG-UNDANG DUNIA MANUSIA YANG BUAT !!

Kerajaan Johor tetap bentang enakmen perumahan - MB

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor tetap akan membentangkan enakmen baharu bagi penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri pada Sidang Dewan Negeri, Isnin ini walaupun mendapat reaksi dan tentangan daripada pelbagai pihak. 

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tidak timbul isu enakmen baharu itu melanggar konsep Raja Berpelembagaan kerana ia akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri ketika dibentang nanti. 

Katanya, dalam undang-undang itu sudah jelas termaktub apa saja tindakan yang dibuat Sultan mesti dengan nasihat Menteri Besar. 

"Apa yang penting dengan enakmen baharu ini kerajaan negeri dapat memastikan rumah murah dan mampu milik dibina pemaju yang menjalankan sebarang projek di Johor," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program riadah berbasikal di Flat Permas Jaya, di sini pagi tadi.

Sumber:beritaharian

19/05/2012

DIN PUDU DI TOLAK OLEH RAKYAT KELANTAN DI PRU 13

Image Detail
Yang sebenarnya DIN Pudu telah tidak diterima oleh Rakyat Kelantan terutama PAS. Nama beliau tiada didalam senarai calon PRU ke 13. Itu sebablah beliau berusaha sendiri untuk menaikkan namanya di Johor pula.

Hai ada hati pulak nak bertanding jawatan MB Besar Johor?  Jauh panggang daripada api....

kantoi lah kali ini. Selepas PRU 13 DIN Pudu akan menjawat jawatan sebagai ULAT Tiket di Pudu Raya.

Din Pudu telah menyatakan hasrat akan bertanding di Johor diperingkat DUN. Malah ini sememangnya ramalan yang benar bahawa Din Pudu sememangnya tergila-gilakan jawatan MB Johor seandainya Pakatan memenangi Johor.

Tetapi berdasarkan kepada ramalan yang sedia ada, Johor sama sekali terlalu sukar digugat oleh Pakatan. Malah ramai pemerhati politik meramalkan Johor akan tetap kembali 100% kepada Barisan Nasional. Jadi tindakan Din Pudu terjun dengan labu-labunya.

Apa yang pasti, kerana terkejar-kejarkan jawatan MB, Din Pudu akan menangis tidak berlagu pada PRU nanti.

09/02/2012

Salahuddin MB Johor - waduh..waduh..waduh... angan2 Mat Jenin


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor, sekiranya Pas menguasai negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Membayangkan hasrat itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, ‘tuan punya badan’ juga telah memberi lampu hijau bersetuju untuk memikul tanggungjawab tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...