Translate

24/06/2014

SEBELUM TANAH JOHOR TERGADAI, TINDAKAN LEBIH TEGAS PERLU DIAMBIL SEGERA


TAHNIAH, TAHNIAH DAN TAHINAH SULTAN JOHOR DAN MB JOHOR

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akhirnya mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi yang menyelubungi pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014.
Sultan Ibrahim bertitah, baginda tidak berniat untuk mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Sebaliknya, baginda bertitah, kegembiraan rakyatnya yang menjadi keutamaan dan baginda mahu memastikan mereka faham mengenai peruntukan dalam Enakmen LPHJ 2014 itu.
Sultan Johor“Tidak ada campur tangan. Saya mahu rakyat faham enakmen itu dan gembira dengan perkara itu,” titah baginda.
Titah Sultan Ibrahim lagi, wakil kerajaan negeri akan mengadakan siri jelajah (roadshow) ke seluruh Johor bagi membuat penjelasan berhubung peruntukan dalam enakmen berkenaan.
Sultan Ibrahim menegaskan, adalah penting untuk rakyat memahami dengan jelas mengenai peruntunkan yang terkandung dalam enakmen itu terlebbih dahulu sebelum ia diperkenankan oleh baginda, seterusnya diwartakan dan dikuatkuasa.
“Sebaik sahaja mereka gembira, menteri besar (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) akan mempersembahkan enakmen itu kepada saya,” titah Sultan Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama New Straits Times yang disiarkan Khamis.
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 9 Jun lalu meluluskan Enakmen LPHJ 2014 selepas lebih tiga jam dibahaskan oleh lima wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tiga wakil pembangkang, dengan masing-masing diperuntukkan masa kira-kira 10 minit.
RUU bagi menubuhkan LPHJ itu dibentangkan setelah dibuat pindaan sebanyak lapan fasal membabitkan 10 sub seksyen.
Antara pindaan yang dilakukan adalah ahli-ahli lembaga boleh dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh Raja dipinda kepada ahli-ahli lembaga boleh dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa negeri.
Selain itu, segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja dipinda kepada segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja atas nasihat Menteri Besar.
Pindaan juga dibuat ke atas sub seksyen Raja boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengarahkan supaya lembaga digulung dan dibubarkan dipinda kepada pihak berkuasa negeri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengarahkan supaya lembaga digulung dan dibubarkan.
Pindaan yang dibuat ke atas Enakkmen LPHJ itu dibacakan oleh Pengerusi Jawatankusa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...