Translate

23/06/2014

WAN AZIZAH PUNCA KHALID IBRAHIM DITENDANG KELUAR ???


Sekarang ini, golongan pro-Anwar Ibrahim termasuklah dari kalangan PAS Selangor sedang menjadikan Wan Azizah Wan Ismail, ADUN Kajang merangkap isteri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim yang dikatakan tidak kompeten sebagai Menteri Besar Selangor lagi.

PKR dan jentera-jentera propagandanya sedang pening. Mereka tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini. Bahkan selagi boleh, mereka cuba menyembunyikan hakikat bahawa Wan Azizah telah dianiayai oleh Pembantu Khas ADUN Kajang yang dilantiknya, terutama sekali dalam hal berkaitan pengaturan jadual program-program yang akan dihadiri Wan Azizah.


Tiada lagi yang menyokongnya, kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor kini betul-betul umpama telur dihujung tanduk.


Semakin hari semakin jelas, Abdul Khalid yang menjadi MB sejak Pakatan Rakyat merampas Selangor dari BN pada 2008, kini membilang hari untuk mengosongkan pejabatnya di Bangunan SUK Shah Alam.

Beliau kehilangan mandat dari partinya sendiri, PKR, hilang mandat dari PAS dan DAP.

Abdul Khalid keseorangan memendam rasa. 

Pada Sabtu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan isyarat paling jelas, bahawa nasib Abdul Khalid akan ditentukan dalam Mesyuarat PR.

Bagi yang mengenali gaya politik Anwar, apabila beliau kata mesyuarat yang tentukan, maknanya, beliau sudah tidak 'menaungi'.

Atau dalam kata mudahnya, hilang keyakinan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...