Kenapa Perlu Selangor Dapatkan Pakar Dari WHO, Iran, Singapura Kaji Kandungan Air Bekas Lombong ????????
SHAH ALAM, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan Selangor akan mendapatkan khidmat pakar dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Iran bagi membuat kajian terhadap kandungan sumber air termasuk dari tasik bekas lombong dan sungai yang membekalkan air ke pelbagai loji rawatan air di negeri itu.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya juga akan mendapatkan khidmat pakar dari Singapura berdasarkan pengalaman negeri itu mengurus sumber bekalan airnya terutama dalam menghasilkan air yang dikitar semula (NEWater).
"Mengapa Singapura? sebab NEWater dia ialah hasil air yang mempunyai 'chemical' sangat banyak.
"Ramai rakan politik tidak suka Singapura terlibat tetapi kita anggap ini satu usaha profesional yang perlu kita lakukan.
"Kita beri mereka masa dua minggu untuk buat kajian dan selepas kajian barulah mereka buat pengumuman," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Laman Seni Seksyen7 di sini hari ini.
Mengulas mengenai dakwaan Anggota Parlimen Klang Charles Santiago semalam bahawa kandungan air yang diperoleh dari tasik bekas lombong mungkin tidak selamat digunakan ketika musim kemarau, Abdul Khalid berkata kenyataan itu perlu disokong dengan kajian ilmiah dan profesional.
Beliau turut membidas kenyataan Charles itu yang disifatkan hanya bertujuan meraih publisiti murahan.
"Kita tidak boleh buat kenyataan dengan tiada sokongan ilmiah, jika tidak kita dianggap membuat spekulasi. Orang awam boleh buat demikian, tapi kerajaan tidak boleh, kerajaan yang bertanggungjawab mesti buat kajian ilmiah.
"Berdasarkan kenyataannya itu boleh jadi Yang Berhormat (Charles) merasakan pakar di Malaysia termasuk doktor, dari Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia tidak sampai ke tahap (baik)," katanya.
Dalam kenyataannya, Charles berkata kandungan toksik logam dalam air kolam tersebut mungkin mencair ke tahap yang selamat dalam keadaan biasa dan oleh itu menunjukkan bahawa ia selamat untuk diminum.
Bagaimanapun beliau berkata semasa musim kemarau, nisbah kepekatan logam berbahaya menyebabkan ia mungkin tidak lagi di tahap yang dianggap selamat untuk diminum.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara dijangka mengalami musim kering pada bulan Jun sehingga September tahun ini.
Pertubuhan Meteorologi Dunia pula meramalkan fenomena El Nino berkemungkinan berlaku pertengahan tahun ini dan berlanjutan antara enam hingga 18 bulan.
-- BERNAMA