Lebih 80,000 Pasport Malaysia Hilang Sejak 2010
PUTRAJAYA: Lebih 80,000 pasport milik rakyat negara ini didapati hilang antara 2010 hingga Mei tahun ini.
Rekod jabatan itu menunjukkan sebanyak 83,015 kes kehilangan pasport dilaporkan antara 2010 hingga Mei tahun ini.
Malahan, jabatan itu juga tidak menolak kemungkinan ada sindiket tertentu yang menggunakan pasport hilang itu untuk menjalankan kegiatan tidak bertanggungjawab.
“Walaupun pasport yang hilang bukan daripada pasport yang dikeluarkan pada tempoh itu, tetapi jumlah kehilangannya cukup besar.
“Bagi saya, 83,015 pasport Malaysia yang hilang itu hanya 90 peratus daripada jumlah keseluruhan yang benar-benar hilang kerana ada lebih 10 peratus lagi yang tidak melaporkan kehilangannya,” katanya dalam satu temuramah dengan mStar Online di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, baru-baru ini.