TERLALU KEJAR KEMAJUAN = MARUAH & KG. HALAMAN TERGADAI !!!!
SULTAN DIBERI KUASA PUN APA SALAHNYA, DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.
UNDANG-UNDANG DUNIA MANUSIA YANG BUAT !!
SULTAN DIBERI KUASA PUN APA SALAHNYA, DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.
UNDANG-UNDANG DUNIA MANUSIA YANG BUAT !!
Kerajaan Johor tetap bentang enakmen perumahan - MB
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor tetap akan membentangkan enakmen baharu bagi penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri pada Sidang Dewan Negeri, Isnin ini walaupun mendapat reaksi dan tentangan daripada pelbagai pihak.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tidak timbul isu enakmen baharu itu melanggar konsep Raja Berpelembagaan kerana ia akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri ketika dibentang nanti.
Katanya, dalam undang-undang itu sudah jelas termaktub apa saja tindakan yang dibuat Sultan mesti dengan nasihat Menteri Besar.
"Apa yang penting dengan enakmen baharu ini kerajaan negeri dapat memastikan rumah murah dan mampu milik dibina pemaju yang menjalankan sebarang projek di Johor," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program riadah berbasikal di Flat Permas Jaya, di sini pagi tadi.
Sumber:beritaharian