Translate

16/12/2016

“Dr Mahathir Musnahkan Seluruh Pengorbanan Saya Sejak 17 Tahun Lalu” Dan Semakin JAHAT ???

“Amat menyedihkan sekali sekeping surat yang memerlukan masa 10 minit menulisnya telah memusnahkan khidmat saya selama lebih 17 tahun -  Tunku Abdul Rahman.
“Dr Mahathir sendiri tahu untuk bangsa dan negara, saya telah mengorbankan segala kesenangan dan telah menjadi miskin dan papa malah untuk membayar cukai pendapatan pun saya terpaksa menjual harta benda.” – Tunku Abd Rahman, dipetik dari Surat daripada Dr Mahathir, Zainuddin Maidin, p27.
Itu adalah kata-kata bekas Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman bila ditanya tentang surat Dr Mahathir kepadanya.
Mesti anda pernah dengar atau baca tentang surat Dr Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman yang minta Tunku letak jawatan sebagai Perdana Menteri (klik sini untuk baca surat tersebut).
Walaupun, perkara ni dah berlaku lebih kurang 47 tahun lalu, tapi kalau kita tengok balik perkara ni dengan zaman sekarang, kita akan nampak satu persamaan. Iaitu: 
“DR MAHATHIR MINTA PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN”

Semua orang tahu, Dr Mahathir jugalah yang pernah desak Pak Lah (Tun Abdullah) dulu supaya letak jawatan. Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Pak Lah terpaksa menyerah kalah dan berundur.
Selepas itu, sekarang Dr Mahathir mahu PM Najib Razak pula letak jawatan, tapi boleh dikatakan sampai sekarang hampir semua benda yang Dr M lakukan macam tak berjaya termasuklah:
·       Dr Mahathir isytihar tarik sokongan beliau kat PM Najib
·       Dr Mahathir keluar UMNO
·       Dr Mahathir buat ceramah satu negara
·       Dr Mahathir buat Deklarasi Rakyat
·       Dr Mahathir buat parti baru ‘Parti Pribumi Bersatu Malaysia’
·       Dr Mahathir jumpa Yang diPertuan Agong serah Deklarasi Rakyat

Jadi bila cerita mengenai perkara sebegini, anda kena tahu yang Dr Mahathir sudah mula desak seorang Perdana Menteri letak jawatan sejak zaman Perdana Menteri pertama lagi. Ya! Dr Mahathir jugalah yang desak Tunku Abdul Rahman letak jawatan dengan bagi surat penuh kritikan kepada Tunku.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...