JERANTUT - Empat lelaki yang cuba mencuri lembu terpaksa berputih mata apabila perbuatan mereka disedari oleh penternak haiwan itu yang kemudian mengejar suspek-suspek berkenaan dalam kejadian di Kampung Pedah di sini kelmarin.
Penternak lembu, Mohd. Hariri Muhammad, 47, berkata, dia mengetahui mengenai cubaan mencuri lembu ternakannya selepas menerima panggilan daripada seorang rakan pada pukul 1.50 petang yang melihat seekor haiwan ternakannya terbaring bersebelahan sebuah kereta jenis Proton Iswara.
"Kawan saya yang curiga nampak seekor lembu terbaring di tepi jalan berdekatan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback warna kelabu tidak jauh dari kawasan ternakan saya. Dia terus menghubungi saya.