Translate

12/07/2013

APA YANG SUDAH TERJADI KE ATAS UMAT ISLAM DI SINGAPURA ???

Badan Buddha derma wang dan beras kepada masjid.


BADAN agama Buddha, Singapore Buddhist Lodge (SBL), dengan kerjasama Pertubuhan Antara Agama (IRO), telah melancarkan projek amal Ramadan secara besar-besaran Ahad lalu.
SBL mendermakan wang $69,000 dan 10 tan beras kepada 69 masjid di Singapura untuk menyambut kedatangan bulan suci itu dalam satu majlis khas yang diadakan di pejabat IRO di Palmer Road.
Kerjasama tersebut diumum menerusi kenyataan IRO baru-baru ini.
Majlis pelancaran projek tersebut dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Encik Hawazi Daipi; Pengerusi SBL, Encik Lee Bock Guan; Imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan Al-Attas; dan wakil-wakil agama lain.
Semasa berucap, presiden baru IRO, Encik Noor Mohamed Marican, berkata kerjasama itu merupakan bukti semangat persahabatan dan kerjasama yang utuh antara pemimpin agama.
"Kerjasama antara agama seperti ini suatu yang unik bagi Singapura, dan jarang dilihat di negara lain di dunia," kata beliau.
Sejak penubuhannya dalam 1949, beliau berkata IRO berusaha mencapai keamanan dan menjalin persahabatan di kalangan manusia.
Majlis itu merupakan satu lagi bukti kerjasama dan muhibah antara pemimpin pelbagai agama.
Sumbangan SBL itu adalah satu contoh prasarana antara agama yang cemerlang di Singapura, kata beliau sambil menceritakan bagaimana proses sumbangan itu berjalan lancar dalam suasana penuh muhibah.
"IRO berusaha menjadi mangkin tindakan positif demi menggalakkan keamanan dalam negara kita, menerusi kegiatan antara agama di Singapura.
"Demi kebaikan manusiawi, kita harus bekerjasama ke arah mencapai keamanan dan keharmonian.
"Kerjasama antara SBL dan IRO adalah suatu permulaan bagi kerjasama antara agama pada masa depan. Kerja kami dalam menggalakkan keamanan dan harmoni berterusan," ujar Encik Noor Mohamed. KLIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...