Translate

12/08/2013

RANCANGAN BARU ANWAR UNTUK MELAGA-LAGAKAN NAJIB DAN PAK LAH ???

Siapa Bridget Welsh yang bantu Anwar di Malaysia ?


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, hari ini, menafikan bahawa beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' diterbitkan.
Dalam kenyataan media hari ini, Abdullah atau lebih kerap dengan panggilan 
mesra `Pak Lah' berkata, beliau sedia diwawancara oleh dua ahli akademik, James

Chin dan Bridget Welsh atas prinsip keterbukaan demi perdebatan seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan. 

Justeru, beliau meminta agar tiada pihak membuat andaian bahawa buku itu 
ditulis oleh `Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri'. 

"Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. 

"Saya tidak pernah meninggalkan Umno dan insyaAllah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya," katanya. 

Katanya, beliau juga tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku itu 
kerana tidak mahu orang membuat andaian yang buku itu ditulis dan ditaja oleh beliau. 

"Berita yang mengatakan pemimpin daripada parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya," tegas Pak Lah. - Bernama

KENAPA ??? JENAYAH KEKERASAN MENGGUNAKAN SENJATAPI BANYAK BERLAKU DI KELANTAN ??

Kerani maut bom meletup.

TUMPAT 11 Ogos - Seorang kerani maut dengan kedua-dua belah tangannya putus setelah mengambil satu bungkusan dipercayai mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya di Taman Sri Periuk, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas sebagai kerani di Sekolah Kebangsaan Kuala Krai meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, kejadian berlaku ketika mangsa cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas kereta Naza Citra milik abang iparnya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Motif kejadian dan jenis bahan letupan masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

JALINAN PERHUBUNGAN ERAT KETENTERAAN MALAYSIA/THAILAND JANGAN DIPERTIKAIKAN

Tentera Darat tubuh Lembaga Siasatan Dalaman - perlu dilihat keperibadian anggota berkaitan.


KUALA LUMPUR 12 Ogos - Pasukan Tentera Darat menubuhkan Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat insiden tembakan yang mencederakan seorang anggota tentera di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah kelmarin.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, selain siasatan lembaga itu juga akan bertindak menilai prosedur operasi standard (SOP) berhubung pelaksanaan operasi di kawasan sempadan terbabit.

Menurut beliau, pihaknya telah menghubungi pasukan Tentera Darat Thailand melalui Jawatankuasa Am Sempadan Bersama bagi membantu siasatan dan bertukar-tukar maklumat.

Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai kes terpencil, beliau turut menegaskan, kejadian tersebut tidak dilakukan mana-mana kumpulan pengganas.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi kelmarin, anggota tentera, Lans Koperal Mohd. Azamrudin Azizan, 26, cedera parah selepas terkena tembakan ketika membuat rondaan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam. - UTUSAN ONLINE

11/08/2013

CINA PALING KURANG AJAR DAN BIADAP

KDN mahu pemilik akaun Facebook kena tindakan

Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan polis menyiasat laporan laman sosial yang memuat naik ucapan Aidilfitri didakwa menghina umat Islam di negeri ini. 

Kementerian juga mahu polis bertindak segera dan tegas terhadap pemilik akuan Facebook itu yang didakwa memaparkan gambar kepala babi bersama makanan tradisi hari raya, ketupat dan lemang dalam ucapan Aidilfitri. 

Uji kesabaran umat Islam 

Ucapan kad Aidilfitri itu berbunyi ‘for malay muslim...Selamat hari raya buat semua, nikmati hidangan head roast pork with ketupat’ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata itu seolah-olah mencabar pihak berkuasa dan sengaja menguji kesabaran umat Islam.

Sumber: Beritaharian

HANTARAN TINGGI...NIKAH DI NEGARA JIRAN ATAU MEMBUJANG SAMPAI KE TUA ???

Hantaran kahwin tinggi punca ramai membujang


KUALA LUMPUR - Bebanan kos perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit ketika ini telah mendorong banyak pihak terutamanya golongan muda terpaksa menangguhkan hasrat untuk menempuh gerbang perkahwinan pada usia muda.
Kadar hantaran tinggi yang ditetapkan oleh pihak perempuan mengikut status keluarga, taraf pendidikan dan kecantikan menjadikan ramai anak muda yang baru menempuh alam pekerjaan terpaksa menabung untuk tempoh yang lama demi mengumpul wang.
Sidang Dewan Negara pada tahun lalu diberitahu, satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010 mendapati faktor utama ramai lelaki tidak berkahwin ialah kerana masalah kewangan (44.7 peratus) diikuti tiada calon sesuai (19.3 peratus).
Menurut seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Kamil, 31, wang hantaran RM11,000 serta kos perbelanjaan kenduri mencecah RM20,000 menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin dengan buah hatinya yang dikenali tiga tahun lalu.

HUKUM HANTARAN TINGGI KLIK DISINI

10/08/2013

Lima kes tembak dalam tempoh 48 jam !!!!

KITA TUNGGU DAN DENGAR APA LAGI YANG AKAN DIPERKATAKAN OLEH KPN MENGENAI KEJADIAN TERBARU !!

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Lima lagi kejadian tembak termasuk satu mengakibatkan mangsa maut dilaporkan berlaku dalam tempoh 48 jam lalu di ibu negara, Pulau Pinang dan Perak.

Di ibu negara semalam, seorang pemandu teksi berusia 27 tahun cedera di tapak tangan dan paha kiri selepas tertembak diri sendiri dengan pistol yang didakwa dijumpai dalam beg sandang di tempat belakang duduk kenderaannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa mendakwa telah menemui sebuah beg sandang di belakang teksinya selepas menghantar penumpang di Sri Hartamas di sini.

"Menurut mangsa, dia tertembak diri sendiri ketika cuba mengeluarkan kelongsong peluru dari senjata terbabit dan tembakan tersebut telah menembusi tapak tangan kiri dan peluru tersekat di bahagian paha kirinya," katanya kepada pemberita di sini.


KETIADAAN ISA PUNCA JENAYAH KEKERASAN MENINGKAT ???

Gambar hiasan

'Bouncer' pusat hiburan cedera terkena tembakan


GEORGE TOWN - Seorang 'bouncer' di sebuah pusat hiburan di Jalan Keramat di sini, cedera di paha selepas terkena tembakan dalam kejadian
awal hari ini.
Chong Peng Meng, 43, dari Flat Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim bersama rakannya ditembak seorang suspek bertopi keledar sejurus tiba di tempat letak kereta pusat hiburan itu pada pukul 12.50 pagi.
"Suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa yang sedang turun dari keretanya jenis BMW dan satu das tembakan mengenai paha sebelah kiri mangsa," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi Bernama di sini.
Gan berkata, mangsa yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dilapor dalam keadaan stabil manakala rakannya tidak cedera.
Siasatan awal polis di tempat kejadian menemukan tujuh kelongsong peluru jenis 9mm dan mendapati satu das tembakan mengenai kereta jenis Perodua Myvi milik orang awam, katanya.
Katanya polis percaya kejadian ada kaitan dengan pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap. - Bernama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...