Anwar Ibrahim yakin. Sekiranya beliau terkeluar dari arena politik aktif sekalipun, Pakatan Rakyat akan tetap mampu mengemudi jalan ke Putrajaya. Bukan itu sahaja. Malah, katanya, Pakatan Rakyat mungkin akan lebih menyengat dalam sayembara politik dengan Barisan Nasional.
Ini kerana, menurut Anwar, Pakatan Rakyat sudah ada formula dan kata sepakat tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya keputusan Mahkamah dalam kes liwat yang dihadapinya tidak memihak kepada beliau pada Isnin depan.