Translate

06/01/2012

MAT SABU DILANTIK MENGGANTI ANUAR APA KETIADAANNYA ????

Post Pic

Anwar Ibrahim yakin. Sekiranya beliau terkeluar dari arena politik aktif sekalipun, Pakatan Rakyat akan tetap mampu mengemudi jalan ke Putrajaya. Bukan itu sahaja. Malah, katanya, Pakatan Rakyat mungkin akan lebih menyengat dalam sayembara politik dengan Barisan Nasional.

Ini kerana, menurut Anwar, Pakatan Rakyat sudah ada formula dan kata sepakat tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya keputusan Mahkamah dalam kes liwat yang dihadapinya tidak memihak kepada beliau pada Isnin depan.
Beliau memberitahu umum bahawa pucuk pimpinan Pakatan Rakyat telahpun bersetuju untuk menampilkan tokoh yang sesuai untuk menggantikan tempatnya sebagai peneraju Pakatan itu. Siapa tokoh berkenaan akan bergantung kepada butir keputusan mahkamah 9 Januari nanti.

Jika benar demikian persiapan Pakatan Rakyat, ini bermakna siapa sahaja yang akan dipilih kelak pasti akan mendapat sokongan tuntas dan mutlak daripada ketiga-tiga kerabat – DAP, PAS dan PKR. ini juga bermakna:

1. PR telah mencapai tahap bukan sahaja kerjasama tetapi asimilasi atau penghayatan politik yang total – satu matlamat, satu hati satu cara. Ini adalah sesuatu yang mengkagumkan  mengambil kira Pakatan Rakyat bukan sebuah pertubuhan politik berdaftar seperti Barisan Nasional.

2. Memang sudah ada tokoh yang setanding atau sekurang-kurangnya menghampiri kaliber Anwar dalam Pakatan Rakyat yang pasti boleh diterima oleh semua ahli kerabat pakatan politik itu.

3. Ini juga bermakna soal siapa dan dari parti mana yang akan menjadi perdana menteri  jika Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya bukan lagi isu. Malah, Anwar yakin sesiapa sahaja yang menggantinya memimpin Pakatan Rakyat adalah untuk tempoh sementara. Apabila PR menang, katanya, perdana menteri sementara itu akan menggunakan kuasa politik  untuk memulihkan kedudukannya dan mengembalikan kerusi perdana menteri itu kepadanya. Nas yang digunakan oleh Anwar ialah, ini pernah berlaku di Turki apabila Ecep Erdogan yang disekat daripada memegang kuasa politik terbukti dapat menjadi pemimpin Negara itu apabila partinya menang dalam pilihanraya dan “memulihkan” haknya. Dan, 

bersambung di sini: 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...