Translate

Memaparkan catatan dengan label Polis Syariah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis Syariah. Papar semua catatan

17/12/2013

JAKIM KAN ADA PEGAWAI PENGUATKUASA....KAN DAH LAMA UJUD KUMPULAN SYIAH ??

Jamil Khir Baharom

APABILA KDN ATAU POLIS MENYERAHKAN BUKTI KEPADA JAKIM, KENAPA PULAK BANYAK ALASAN....??? ATAU NAK TUNGGU SEHINGGA POLIS SYARIAH DITUBUHKAN ???

BANYAK CAKAP DARIPADA KERJA !!!!

PUTRAJAYA - Jabatan agama perlu mempunyai bukti yang kukuh untuk melakukan pendakwaan terhadap pengikut fahaman Syiah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
  
Ini kerana katanya perkara sedemikian tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
 
Dakwaan hanya boleh dilakukan menerusi pengakuan individu itu sendiri selain memerlukan saksi bagi menguatkan pendakwaan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah, di sini hari ini.
 
Sehubungan itu, Jamil Khir meminta semua pihak agar tidak mengukur tindakan yang diambil oleh jabatan agama terhadap pengikut Syiah hanya bersandarkan bilangan kes yang diselesaikan.
 
"Jabatan agama sangat serius mengenai soal akidah ini.
  
"Di Selangor sahaja, mahkamah syariah menerima sejumlah 251 kes berkaitan fahaman Syiah bagi tempoh 2010 hingga 2013. Perkara ini mungkin tidak dihebahkan di media massa menyebabkan ramai yang tidak tahu mengenainya," katanya.
  
Beliau juga menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan agensi berkaitan akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan polis bagi memerangi kegiatan Syiah di negara ini. - Bernama

16/12/2013

PENGUATKUASA JABATAN AGAMA ISLAM DIBUBARKAN GANTI POLIS SYARIAH ??

SEMUA TANGGUNGJAWAB HENDAK DIBEBANKAN KEPADA PIHAK POLIS. DS JAMIL KENA LAH FIKIR TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKUL OLEH PDRM.

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong penubuhan sebuah pasukan polis khas yang mengendalikan hal berkaitan syariah.

Menurut beliau, dengan adanya pasukan itu maka tumpuan khusus dapat dilakukan terhadap tindakan-tindakan yang perlu diambil apabila membabitkan kes-kes berkaitan syariah.

"Saya berbincang dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung satu jawatankuasa berkaitan syariah. Kita amat mengalu-alukan langkah itu supaya nanti akan ada satu kelompok yang lebih memberikan tumpuan terhadap tindakan berkaitan syariah.

"Kita akan cuba melihat penubuhan itu secepat mungkin supaya lebih membantu majlis agama Islam (negeri-negeri) dalam melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Karnival Zakat, Sistem Talian Zakat (I-zakat) dan Pembayaran Zakat Syarikat-syarikat di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali.

Tambah Jamil Khir, perbincangan lanjut berhubung penubuhan pasukan polis khas tersebut akan dilakukan secepat mungkin bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Artikel penuh: KLIK SINI

13/12/2013

CAWANGAN KHAS PDRM MAMPU MENANGANI ISU SYIAH

Cadangan tubuh pasukan “Polis Syariah” diperhalusi, kata Zahid Hamidi

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata cadangan itu antara lain akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.
Untuk itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Ada cadangan daripada sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk tubuhkan pasukan polis Syariah, banteras ajaran sesat. Ini akan dibincangkan dengan terperinci.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...