Isnin, 16 Disember 2013

PENGUATKUASA JABATAN AGAMA ISLAM DIBUBARKAN GANTI POLIS SYARIAH ??

SEMUA TANGGUNGJAWAB HENDAK DIBEBANKAN KEPADA PIHAK POLIS. DS JAMIL KENA LAH FIKIR TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKUL OLEH PDRM.

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong penubuhan sebuah pasukan polis khas yang mengendalikan hal berkaitan syariah.

Menurut beliau, dengan adanya pasukan itu maka tumpuan khusus dapat dilakukan terhadap tindakan-tindakan yang perlu diambil apabila membabitkan kes-kes berkaitan syariah.

"Saya berbincang dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung satu jawatankuasa berkaitan syariah. Kita amat mengalu-alukan langkah itu supaya nanti akan ada satu kelompok yang lebih memberikan tumpuan terhadap tindakan berkaitan syariah.

"Kita akan cuba melihat penubuhan itu secepat mungkin supaya lebih membantu majlis agama Islam (negeri-negeri) dalam melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Karnival Zakat, Sistem Talian Zakat (I-zakat) dan Pembayaran Zakat Syarikat-syarikat di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali.

Tambah Jamil Khir, perbincangan lanjut berhubung penubuhan pasukan polis khas tersebut akan dilakukan secepat mungkin bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Artikel penuh: KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...