Translate

16/12/2013

MELAYU BANGSAT - KERANA ROTI KELUAR PARTI


INILAH DIA SEBENARNYA SIKAP ORANG MELAYU YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. SIKAP BEGINILAH YANG PERLU DINYAHKAN DARIPADA PARTI BUAT SELAMA2NYA

KUANTAN - Sekumpulan ahli Umno dilaporkan keluar parti dan menyertai PKR baru-baru ini kerana tidak puas hati dengan agihan makanan kepada mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan, di sini.

Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pihak Umno dan PKR.

Bagaimanapun, katanya, jumlah mereka yang keluar parti itu sebenarnya tidak lebih daripada 40 orang.

Mereka dikatakan daripada Cawangan Umno Tanah Putih Baru, di sini.

Adnan, yang juga Menteri Besar Pahang berkata, beliau sendiri menyiasat untuk mengenal pasti punca sebenar ahli-ahli Umno itu bertindak demikian.

“Maaf saya cakap, puncanya hanya (kerana) roti. Kita diberitahu bekalan roti di pusat terbabit cukup. Bagaimanapun, pegawai yang bertugas mengagihkannya secara sikit-sikit.

“Bila mereka minta lebih, petugas tak bagi. Jadi mereka kecewa dan marah,” katanya ketika diminta mengulas berhubung perkara itu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, beliau faham dalam situasi banjir ada di antara mangsa yang tertekan, apatah lagi dalam keadaan terdapat makanan, tetapi tidak diagihkan secukupnya.

“Petugas yang terlibat pun mungkin ada sebabnya sendiri tidak berikan roti itu kepada mangsa seperti yang diminta.

“Sebenarnya dalam situasi kritikal akibat bencana banjir ini, kita faham roti amat bermakna kepada mangsa dan keluarga, terutama yang ada ramai anak,” katanya.

Adnan berkata, beliau faham dan tidak berasa kecewa dengan keputusan ahli Umno itu, tetapi jumlah yang terlibat tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.

“Saya kenal ketua kumpulan ini dan kami pernah berjumpa dalam beberapa majlis, tapi disebabkan terlalu kecewa, dia mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PKR.

“Bagi saya keputusan hendak keluar parti biarlah kerana prinsip perjuangan, bukan disebabkan roti,” katanya.

Kisah kira-kira 100 ahli Umno menyertai PKR itu tersebar di laman sosial beberapa hari lalu.

Mereka dilaporkan menyerah borang penyertaan keahlian kepada Ahli Parlimen Kuantan, yang juga Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...