Translate

Memaparkan catatan dengan label Fahaman Syiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fahaman Syiah. Papar semua catatan

17/12/2013

JAKIM KAN ADA PEGAWAI PENGUATKUASA....KAN DAH LAMA UJUD KUMPULAN SYIAH ??

Jamil Khir Baharom

APABILA KDN ATAU POLIS MENYERAHKAN BUKTI KEPADA JAKIM, KENAPA PULAK BANYAK ALASAN....??? ATAU NAK TUNGGU SEHINGGA POLIS SYARIAH DITUBUHKAN ???

BANYAK CAKAP DARIPADA KERJA !!!!

PUTRAJAYA - Jabatan agama perlu mempunyai bukti yang kukuh untuk melakukan pendakwaan terhadap pengikut fahaman Syiah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
  
Ini kerana katanya perkara sedemikian tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
 
Dakwaan hanya boleh dilakukan menerusi pengakuan individu itu sendiri selain memerlukan saksi bagi menguatkan pendakwaan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah, di sini hari ini.
 
Sehubungan itu, Jamil Khir meminta semua pihak agar tidak mengukur tindakan yang diambil oleh jabatan agama terhadap pengikut Syiah hanya bersandarkan bilangan kes yang diselesaikan.
 
"Jabatan agama sangat serius mengenai soal akidah ini.
  
"Di Selangor sahaja, mahkamah syariah menerima sejumlah 251 kes berkaitan fahaman Syiah bagi tempoh 2010 hingga 2013. Perkara ini mungkin tidak dihebahkan di media massa menyebabkan ramai yang tidak tahu mengenainya," katanya.
  
Beliau juga menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan agensi berkaitan akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan polis bagi memerangi kegiatan Syiah di negara ini. - Bernama

13/12/2013

MAT SABU KANTOI !!!!

KDN kemuka 10 bukti Mat Sabu terlibat Syiah

PUTRAJAYA 12 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengemukakan 10 bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan fahaman Syiah.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas hari ini berkata, antaranya Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk `Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.

Pemimpin Pas itu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011. - UTUSAN ONLINE.

Maklumat lanjut mengenai perkara berkaitan sila KLIK DISINI

29/07/2013

Kenapa Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man cepat sangat nak melenting ????

TIDAK ADA ANGIN TAKKAN LAH POKOK BERGOYANG, TAPI TAK TAU LAH MUNGKIN DIGOYANG OLEH DATUK TUAN IBRAHIM ???

KUALA LUMPUR: Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah, ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Oleh itu, tegasnya PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya. 

“Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata-mata,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya. 

Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata-mata. 

07/09/2012

Haji Hadi Mengesahkan Mat Sabu Adalah Pengikut Syiah?


"...assalamualaikum.

Ini ada video, ana share sikit. Kalau ada kelapangan dengarlah.
Ada something ana nak sampaikan tentang Mat Sabu. Kami ada tanya TG Hadi tentang ni. Dan beliau jwp (lebih kurang) 

"Mat Sabu mungkin Syiah. Skrg ni ramai nak dia, kita biarkan. Sy tak benarkan dia pegang Harakah"..."

Pengakuan seorang sahabat FB merangkap pengikut PAS tegar bahawa Hadi tahu dan sedar bahawa Mat Sabu adalah seorang penganut ajaran syiah sesat. Nak kata apa lagi? Inilah bukti yang mengatakan sebenarnya PAS membenarkan elemen syiah wujud dalam PAS. Mereka dah tak kira lagi asalkan dapat kuasa.

Pada amatan Keris, ini  adalah sangat bahaya kerana ajaran syiah sesat ini sudah menular melalui PAS sendiri. Apakah nanti akan wujud Khomeimi yang pelik itu di Malaysia kelak?

Bercerita pasal Khomeimi nanti Keris kongsikan cerita merepek yang mana mengapa dia diagungkan Mat Sabu. 

K7L : Syiah pun dah mula tersebar di beberapa universiti..

Sumber:keris7lok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...