Translate

Memaparkan catatan dengan label JATI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JATI. Papar semua catatan

12/01/2013

Gabungan NGO Selangor rancang Himpunan Pertahan kalimah Allah di Stadium Melawati

demomasjid513
Gabungan NGO-NGO Prihatin Negeri Selangor akan mengadakan perhimpunan besar-besaran melibatkan bagi mempertahankan kalimah Allah dan menunjukkan sokongan di atas ketegasan DYMM Sultan Selangor, kata Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali.

Menurutnya, perhimpunan tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat namun menolak memberikan tarikh berikutan masih di peringkat rundingan dengan pihak-pihak berkaitan.

27/09/2012

Kenyataan Anwar di London hina Islam

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim is confident of victory
KUALA LUMPUR, 26 Sept ― Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghina Islam dengan kenyataannya mengatakan “umat Islam mempunyai masalah dalam jiwa mereka” dua hari lalu di London.
Hasan dalam sidang medianya hari ini mengecam Anwar dan melabel pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri yang bermasalah dengan kecelaruan emosi di pihak beliau.
“Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Islam.

14/07/2012

DR HASSAN ALI GELI NAK KONGSI ISTERI

Nukilan: Zaibidi Saidi

Malam  tadi 11/07/2012 bertempat depan rumah saya di Taman Samudra, Batu Caves, Selangor Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hassan Ali berceramah menerangkan kenapa dia bergiat dalam Jati selepas dipecat dari PAS. Katanya, dia memilih JATI (Islam, Melayu, Raja) sebagai asas perjuangan Jati kerana PAS sudah tidak mahu Islam lagi. PAS juga tidak mahu Melayu lagi. PAS juga tidak mahu Raja lagi bila bersengkongkol dengan DAP yang anti Raja. Saya kenali Dr hassan Ali pada tahun 1999 selepas PAS menang di Terengganu. Ketika itu saya bertugas dengan Yayasan pembangunan Keluarga terengganu (YPK)sebuah agensi kerajaaan negeri.

Bila PAS menang, kami terpaksa bekerja dengan kerajaan PAS pula. Dr Hassan Ali ketika itu ADUN Sungai Burong dan Ketua Pembangkang di Selangor serta ahli parlimen Parit Buntar, Perak. Dia masih lagi mengendalikan syarikat motivasinya, Sabha ketika itu. Maka dengan YPK beliau cari makan. Sekali buat program YPK bayar RM8 ribu dan saya selaku Penolong Pengarah Program yang jadi pegawai pengiringnya sambut di airport dengan Volvo YPK. Sepanjang dua malam dia menjelajah setiap daerah di Terengganu setiap bulan maka sayalah pegawai pengiringnya. Maka rapatlah saya dengan dia. Setiap kali program YPK, penuh dewan. Dia memang pandai pidato. Sebab itu ramai yang nak dengar Dr Hassan Ali berceramah.

12/07/2012

TERLALU TAKSUB DENGAN PARTI AJARAN SESAT, SANGGUP CERAIKAN ISTERI WALAUPUN SUDAH TUA ???

Bercerai angkara fahaman politik


CHE HASNAH diceraikan Yahaya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing.
Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam.
Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik.

03/04/2012

VIDEO MURTAD - RAKAN ANWAR DI AUSTRALIA RANCANG DAKWAH MURTAD DI NEGARA INI!!?


Video yang dipaparkan di kediaman Presiden JATI Hasan Ali sebentar tadi benar2 mengejutkan hampir kesemua wartawan. Rata2 mendakwa memang benar isu ini sudah tersebar dengan begitu serius.

Namun apa yang pasti, pihak yang memulakan agenda memurtadkan masyarakat Melayu di Negara ini bukan calang2 orangnya. Seorang Mubaligh yang didatangkan dari Australia merupakan individu yang merupakan antara pengasas agenda ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...