Translate

12/01/2013

Gabungan NGO Selangor rancang Himpunan Pertahan kalimah Allah di Stadium Melawati

demomasjid513
Gabungan NGO-NGO Prihatin Negeri Selangor akan mengadakan perhimpunan besar-besaran melibatkan bagi mempertahankan kalimah Allah dan menunjukkan sokongan di atas ketegasan DYMM Sultan Selangor, kata Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali.

Menurutnya, perhimpunan tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat namun menolak memberikan tarikh berikutan masih di peringkat rundingan dengan pihak-pihak berkaitan.

"Kita akan umumkan kemudian tarikhnya, tempat yang kita rancang adalah Stadium Melawati," ujarnya depan kira-kira 500 orang selepas solat Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam tadi.

Himpunan tersebut penting, kata Dr Hasan untuk membuktikan bahawa orang Islam bukan cakap sahaja di kedai-kedai kopi untuk bersuara.

demomasjid3
"Kita nak berhimpun untuk menyatakan isi hati bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif untuk Islam dan bukan untuk agama Kristian versi Bible Melayu," katanya sambil sekali lagi diiringi laungan takbir.

Katanya, sekiranya penggunaan kalimah Allah itu digunakan, akan memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan generasi yang akan datang.

Sebelum itu, Senator Ezam Mohad Nor turut berucap mengatakan sokongan terhadap titih DYMM Sultan Selangor baru-baru ini bahawa kalimah Allah adalah hak mutlak orang Islam di negeri tersebut.

demomasjid2
Menurut Ezam, kalimah Allah merupakan kalimah suci orang Islam dan tidak boleh dijadikan kalimah rujukan untuk 'god' di dalam bible bahasa Melayu.

"Kita berkumpul di sini hari ini di atas tujuan yang jelas iaitu mempertahankan kailamh suci Allah dan mempertahankan Tuanku (Sultan Selangor) yang turut mempertahankan kalimah ini," kata beliau.

Berita selanjutnya sila baca DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...