Nukilan:
Zaibidi Saidi
Malam tadi 11/07/2012 bertempat depan rumah saya di Taman Samudra, Batu
Caves, Selangor Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hassan Ali berceramah
menerangkan kenapa dia bergiat dalam Jati selepas dipecat dari PAS. Katanya,
dia memilih JATI (Islam, Melayu, Raja) sebagai asas perjuangan Jati kerana PAS
sudah tidak mahu Islam lagi. PAS juga tidak mahu Melayu lagi. PAS juga tidak
mahu Raja lagi bila bersengkongkol dengan DAP yang anti Raja. Saya kenali Dr
hassan Ali pada tahun 1999 selepas PAS menang di Terengganu. Ketika itu saya
bertugas dengan Yayasan pembangunan Keluarga terengganu (YPK)sebuah agensi
kerajaaan negeri.
Bila PAS menang, kami terpaksa bekerja dengan kerajaan PAS pula.
Dr Hassan Ali ketika itu ADUN Sungai Burong dan Ketua Pembangkang di Selangor
serta ahli parlimen Parit Buntar, Perak. Dia masih lagi mengendalikan syarikat
motivasinya, Sabha ketika itu. Maka dengan YPK beliau cari makan. Sekali buat
program YPK bayar RM8 ribu dan saya selaku Penolong Pengarah Program yang jadi
pegawai pengiringnya sambut di airport dengan Volvo YPK. Sepanjang dua malam
dia menjelajah setiap daerah di Terengganu setiap bulan maka sayalah pegawai
pengiringnya. Maka rapatlah saya dengan dia. Setiap kali program YPK, penuh
dewan. Dia memang pandai pidato. Sebab itu ramai yang nak dengar Dr Hassan Ali
berceramah.
Tapi di sebalik kehebatannya berpidato, dia orang yang
kedekut.Setiap kali makan, saya yang bayar. Saya tak kesah saya yang bayar
kerana bukan duit saya, itu duit YPK atau saya boleh claim semula dengan YPK
tetapi belum pernah saya jumpa orang politik yang kedekut sepertinya. Ketika
itu YPK beri tiket kapal terbang tapi dia tak ambil sebaliknya dia beli tiket
kapal terbang sendiri. Rupa-rupanya selaku ahli parlimen dia boleh claim naik
kereta dari Parit Buntar ke Kuala Terengganu berceramah motivasi. Dia claim
pergi balik dengan naik kereta sedangkan dia datang naik kapalterbang. Apakah
maksudnya ini? Adakah ia claim palsu? Apa hukum makan duit claim palsu? saya
tak tahu nak jawab pasal dia kata dia hebat tak pernah terlibat dengan dosa
besar.
Kembali semula kepada ceramah Jati, Dr Hassan menjelaskan Jati tak nak bersuhabat dengan
PAS dan PKR kerana Azmin Ali sanggup kongsi bininya, Shamsidar dengan Anwar Ibrahim. Tak geli ke Azmin, tanya Dr
hassan. Katanya kalau kongsi berniaga bolehlah, ini bini pun nak kongsi sama.
Di manakah letaknya maruah umat Islam bila berzina dengan bini orang? PAS pula
bila Lim Guan Eng kata jangan cakap hal Islam pasal dalam buku Jingga tidak ada
hukum hudud, pemimpin pAS semua senyap kecuali Ketua Ulamanya, Datuk Harun
Taib.Bila Karpal
Singh kata langkah mayatnya terlebih dahulu kalau PAS nak buat hukum hudud,
pemimpin pAS tak berani bersuara.
Malah bila DAP dilaporkan akan bertanding 90 kerusi melebihi PAS
dan PKR, semua pemimpin pAS diam kecuali Harun Taib yang mengatakan kuota itu
belum disahkan lagi. Bayangkan jika Pakatan menang, siapa yang jadi parti
dominan? Sudah tentu DAP. Sudah tentu Lim Guan Eng jadi PM dan Karpal Singh yang jadi TPM. Dr Hassan Ali berkata usianya sudah 60an jadi dia harap dapat
gunakan usia yang berbaki ini untuk mengajak anak-anak muda berfikir bagaimana
masa depan orang Islam dan orang Melayu bila DAP memerintah Malaysia nanti.
Sayangnya dalam ceramah itu beliau tidak menceritakan usaha
pihak gereja mengkristiankan umat Islam di Selangor dan usaha Ronnie Liu yang
membantah JAIS menyerbu kedai yang jual arak di Shah Alam. Sebagai bekas
Pesuruhjaya PAS Selangor beliau puas hati pada tahun 2004, PAS menang 4 kerusi
dan kini PAS ada 8 kerusi yang mana di bawah kepimpinannya PAS menang dengan
peningkatan 100%. Ada yang mengatakan Dr Hassan Ali gila meroyan. Sebenarnya
baguslah dia buat JATI kerana sebagai NGO dia akan pertahankan Islam, Melayu
dan Raja sementara PERKASA dianggap rasis kerana berjuang hal ehwal orang
Melayu sahaja.
Akhir sekali dia mengajak semua pengundi Gombak Setia memilih
calon yang boleh mempertahankan Islam, melayu dan Raja walaupun beliau tidak
bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. Katanya, satu undi amat penting
dalam pilihanraya uumum 13 nanti supaya jangan sampai DAP menduduki Putrajaya. Bila DAP menang, maka nasib
orang Melayu akan menjadi seperti Melayu Singapura.