Translate

03/04/2023

#KES 1MDB: PERKEMBANGAN BARU UNTUK MENGGUGURKAN KES


Pejabat Peguam Negara telah meminta hakim untuk menangguhkan kes 1MDB-IPIC Najib hari ini, dengan memberitahu terdapat "PERKEMBANGAN BARU" dan memberi gambaran bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk menggugurkan kes itu.

Apakah "perkembangan baru" ini?

Ia adalah penyelesaian oleh IPIC yang dilakukan bulan lepas di mana mereka membayar AS$1.8b (RM8.08b) dan juga memberi komitmen untuk melabur tambahan AS$1.5b (RM7.5b) di Malaysia.

Najib telah didakwa oleh Tommy Thomas hampir 5 tahun lalu dalam kes IPIC ini di mana Najib didakwa menyalahgunakan kuasa untuk mengadakan penyelesaian yang merugikan dengan IPIC yang akan menyebabkan Malaysia kerugian RM6.6b.


Tetapi bulan lepas, penyelesaian yang dibuat kerajaan ini membuktikan bahawa Najib melakukan perkara yang betul dan tidak salah.

MACAM MANA NI? Dulu, anda kata Najib akan menyebabkan negara kehilangan RM6.6b tetapi akhirnya, negara tidak kehilangan RM6.6b tetapi mendapat semula RM8.08b dan juga akan mendapat komitmen pelaburan bernilai RM7.5b lagi?

Dengan ini, pertuduhan ke atas Najib untuk kes IPIC ini tidak boleh dipertahankan dan Pejabat Peguam Negara berkemungkinan akan menggugurkannya.

Sebab itulah kes IPIC ini tidak pernah walau sehari pun dibicarakan sungguhpun Najib didakwa hampir 5 tahun lalu!

Malah, DS Najib sudah lama menafikan pembohongan Tommy apabila beliau berkata pada November 2018 apabila didakwa bahawa, 1MDB tidak berhutang dengan IPIC tetapi IPIC yang berhutang dengan 1MDB. (Rujuk gambar)

Pada masa itu juga, IPIC dengan serta merta mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan 1MDB tidak berhutang dengan IPIC sama sekali!

Hari ini, kita tahu bahawa Najib terbukti betul - tetapi beliau terpaksa menanggung yuran guaman dan terpaksa menanggung beban pertuduhan selama hampir 5 tahun dan cacian serta makian raykat.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...