Translate

Memaparkan catatan dengan label BOSSKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BOSSKU. Papar semua catatan

03/04/2023

#KES 1MDB: PERKEMBANGAN BARU UNTUK MENGGUGURKAN KES


Pejabat Peguam Negara telah meminta hakim untuk menangguhkan kes 1MDB-IPIC Najib hari ini, dengan memberitahu terdapat "PERKEMBANGAN BARU" dan memberi gambaran bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk menggugurkan kes itu.

Apakah "perkembangan baru" ini?

Ia adalah penyelesaian oleh IPIC yang dilakukan bulan lepas di mana mereka membayar AS$1.8b (RM8.08b) dan juga memberi komitmen untuk melabur tambahan AS$1.5b (RM7.5b) di Malaysia.

Najib telah didakwa oleh Tommy Thomas hampir 5 tahun lalu dalam kes IPIC ini di mana Najib didakwa menyalahgunakan kuasa untuk mengadakan penyelesaian yang merugikan dengan IPIC yang akan menyebabkan Malaysia kerugian RM6.6b.


Tetapi bulan lepas, penyelesaian yang dibuat kerajaan ini membuktikan bahawa Najib melakukan perkara yang betul dan tidak salah.

MACAM MANA NI? Dulu, anda kata Najib akan menyebabkan negara kehilangan RM6.6b tetapi akhirnya, negara tidak kehilangan RM6.6b tetapi mendapat semula RM8.08b dan juga akan mendapat komitmen pelaburan bernilai RM7.5b lagi?

Dengan ini, pertuduhan ke atas Najib untuk kes IPIC ini tidak boleh dipertahankan dan Pejabat Peguam Negara berkemungkinan akan menggugurkannya.

Sebab itulah kes IPIC ini tidak pernah walau sehari pun dibicarakan sungguhpun Najib didakwa hampir 5 tahun lalu!

Malah, DS Najib sudah lama menafikan pembohongan Tommy apabila beliau berkata pada November 2018 apabila didakwa bahawa, 1MDB tidak berhutang dengan IPIC tetapi IPIC yang berhutang dengan 1MDB. (Rujuk gambar)

Pada masa itu juga, IPIC dengan serta merta mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan 1MDB tidak berhutang dengan IPIC sama sekali!

Hari ini, kita tahu bahawa Najib terbukti betul - tetapi beliau terpaksa menanggung yuran guaman dan terpaksa menanggung beban pertuduhan selama hampir 5 tahun dan cacian serta makian raykat.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

03/03/2023

1MDB: NAJIB BERSYUKUR DILEPAS DAN DIBEBASKAN


Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak BERSYUKUR SELEPAS DILEPAS DAN DIBEBASKAN oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya itu menyampaikan kesyukuran berkenaan dan memberitahu keputusan itu menjadi pemangkin semangat buatnya.

"Anak guam saya memberitahu dia sangat bersyukur dengan keputusan berhubung kes pada hari ini.

"Dengan keputusan ini juga menjadi pemangkin semangat buatnya untuk terus melawan (kes lain)," katanya pada sidang medai di sini, hari ini.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya juga berharap Peguam Negara tidak membuat rayuan berhubung kes ini kerana dapatan Hakim boleh disokong.

"Kami juga berharap bahawa ini adalah permulaan kepada perkara baik yang akan datang kerana saya sentiasa yakin bukan hanya ini, malah banyak perkara lain lagi.

"Disebabkan itu kami berjuang keras dalam semakan kes SRC International Sdn Bhd. Saya yakin jika Mahkamah Perseketus. mendengar semula perkara itu kita boleh buktikan anak guam tidak bersalah," katanya.

Mahkamah Tinggi hari ini, MELEPAS DAN MEMBEBASKAN Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendapati PIHAK PENDAKWAAN GAGAL MEMBUKTIKAN KES PRIMA FACIE TERHADAP KEDUA-DUA PERTUDUH.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN 

28/02/2019

BIAR PENCURI MENJADI BOSSKU ASALKAN JANGAN "KAFIR LAKNAT"

SEPATUTNYA DATANG BERKEMPEN UNTUK MENYAKINKAN KEPADA RAKYAT DENGAN BANTUAN2 YANG AKAN DIBERIKAN ATAU MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA YANG KIAN LUMPUH, TAPI SEBALIKNYA MENERANGKAN “HASRAT DENGKI SERTA DENDAM KESUMAT” TERHADAP DS NAJIB  DIMANA RAKYAT SUDAH MUAK MENDENGARNYA.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad hairan mengapa ramai orang memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "bossku".

"Tun M hairan kenapa ambil pencuri jadi ‘bossku’"

Menurutnya, tindakan sebegitu menunjukkan seolah-olah AHLI PARLIMEN PEKAN ITU TELAH MENJADI ‘HERO’

TAPI SAYA TAK FAHAM AMBIK PENCURI JADI BOS BARANGKALI SAMA-SAMA PENCURI, sebab itu pilih pencuri. (Rakyat pun dituduh PENCURI?)

“Jadi saya dapati dia datang sini bukan main hebat lagi,” katanya ketika berucap semasa menghadiri program Santai 2-Roda Semenyih 2019, di sini.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...