Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak BERSYUKUR SELEPAS DILEPAS DAN DIBEBASKAN oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.
Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya itu menyampaikan kesyukuran berkenaan dan memberitahu keputusan itu menjadi pemangkin semangat buatnya.
"Anak guam saya memberitahu dia sangat bersyukur dengan keputusan berhubung kes pada hari ini.
"Dengan keputusan ini juga menjadi pemangkin semangat buatnya untuk terus melawan (kes lain)," katanya pada sidang medai di sini, hari ini.
Muhammad Shafee berkata, pihaknya juga berharap Peguam Negara tidak membuat rayuan berhubung kes ini kerana dapatan Hakim boleh disokong.
"Kami juga berharap bahawa ini adalah permulaan kepada perkara baik yang akan datang kerana saya sentiasa yakin bukan hanya ini, malah banyak perkara lain lagi.
"Disebabkan itu kami berjuang keras dalam semakan kes SRC International Sdn Bhd. Saya yakin jika Mahkamah Perseketus. mendengar semula perkara itu kita boleh buktikan anak guam tidak bersalah," katanya.
Mahkamah Tinggi hari ini, MELEPAS DAN MEMBEBASKAN Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendapati PIHAK PENDAKWAAN GAGAL MEMBUKTIKAN KES PRIMA FACIE TERHADAP KEDUA-DUA PERTUDUH.