1. MAHATHIR DAN TOMMY LANGGAR AKTA JAC 2009 untuk lantik Zaharah binti Ibrahim sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya biarpun jawatan tidak kosong dan biarpun Zaharah hanya tinggal tempoh 9 bulan sebelum perlu bersara secara mandatori.
2. Zaharah angkat sumpah pada 17 Julai 2018 dan bersara pada Mei 2019.
3. Tugas pertama Zaharah setelah dilantik ialah tukar hakim kes SRC Najib iaitu Hakim Sofian pada 24 Julai 2018 biarpun kes sudah berjalan dengan HAKIM NAZLAN BIARPUN HAKIM NAZLAN LANGSUNG TIADA PENGALAMAN KES JENAYAH (DISAHKAN LAPORAN SPRM).
4. Perenggan 3.6 bagi laporan SPRM yang minta Maimun ambil tindakan ke atas Hakim Nazlan telah dedahkan bahawa TIGA lagi hakim pernah diminta oleh pihak yang masih tidak diketahui untuk ambil alih kes dari Hakim Sofian tetapi ketiga-tiga telah menolak.
Setelah tiga hakim menolak, barulah Hakim Nazlan disuruh ambil alih kes tersebut dan beliau menerima biarpun dia langsung tidak ada pengalaman kes jenayah dan biarpun ini adalah kes paling berprofil tinggi dalam negara.
5. Laporan SPRM bahawa tiga hakim sebelum ini pernah diminta dan menolak untuk ambil alih kes SRC adalah satu petunjuk bahawa PILIH KASIH DALAM PEMILIHAN HAKIM secara manual (ataupun forum/judge shopping) telah berlaku.
INi ADALAH SANGAT SANGAT SALAH sebab pemilihan hakim bagi mana-mana kes sepatutnya dilakukan secara automatik oleh sistem agar tiada tuduhan bahawa hakim-hakim yang lebih cenderung kepada pihak tertentu ditugaskan dengan sengaja untuk mengenakan pihak tertentu.
6. Jika hakim yang ditugaskan sebuah kes berpendapat mereka tidak sesuai maka mereka perlu menawarkan untuk menarik diri di mahkamah terbuka. BUKAN MENOLAK SECARA RAHSIA SETELAH DIMINTA SECARA RAHSIA SEPERTI DINYATAKAN DALAM PERENGGAN 3.5 LAPORAN SPRM.
7. Peranan Nazlan sebagai Hakim Bicara (trial judge) adalah sangat penting sebab rayuan di mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan adalah bergantung kepada perbicaraan di bawah Nazlan.
Jika PERANAN NAZLAN, PELANTIKAN NAZLAN SERTA PERBICARAAN BAWAH NAZLAN BOLEH DIRAGUI maka kedua-dua keputusan Mahkamah Rayuan dan Persekutuan perlu ditolak ke tepi dan tidak lagi sah.