Translate

30/01/2021

#RASUAH: MENANTU PERDANA MENTERI DIDAKWA TERIMA PROJEK BERNILAI RM1.16 BILION


SYARIKAT IRIS INFORMATION TECHNOLOGY (IRIS)
yang dikatakan mempunyai kaitan dengan S5 Holdings Incorporation (S5) dikatakan MENERIMA PROJEK DARIPADA KERAJAAN BERNILAI RM1.16 BILION.

Persoalan kemungkian wujud RUNDINGAN TERUS atau amalan kroni timbul apabila syarikat S5 itu didakwa mempunyai kaitan dengan MENANTU PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN.

Beliau adalah Datuk Muhamad Adlan Berhan, yang dikatakan mempunyai saham S5 melalui syarikat Agathistwo Jia Sdn Bhd.

Dakwaan timbul apabila penganugerahan projek kepada Iris melalui rundingan dengan syarikat S5 diberikan pada 29 Januari 2021 iaitu ketika Perintah Darurat berkuat kuasa.

Oleh demikian, Muhyiddin didakwa menggunakan kuasa dalam Ordinan Darurat untuk membenarkan syarikat mempunyai kaitan dengan menantunya itu untuk menerima projek bagi Mengkaji, Mencadang, Merekabentuk, Membangun, Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mengintegrasi, Memigrasi Data dan Mentauliah Sistem Imigresen Bersepadu Nasional untuk Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).

AMAT MENYEDIHKAN, NAMUN DIKALA RAKYAT MENDERITA, saya hendak ucap tahniah kepada Iris sebuah syarikat Iris Information Technology adalah anak syarikat Iris, di mana syarikat S5 System Sdn Bhd yang mempunyai hubungan…tuan-tuan pun tahulah.

“Siapa punya, kalau tanya S5 ini, semua orang kenal, menantu Muhyiddin Yassin yang bernama Adlan Berhan, mempunyai kaitan dengan syarikat ini.

“Projeknya taklah sebanyak seperti mana peniaga-peniaga kecil perolehi, cuma RM1.16 bilion sahaja, tak banyak.

“Ini memang biasalah, untuk anak Perdana Menteri, menantu Perdana Menteri.. memang kira bahagian-bahagian mereka.. halal, tak ada yang haram, haram jadah sahaja.

“Inilah akibatnya kenapa mereka hendak sangat supaya darurat diisytiharkan kerana kita tak boleh langsung hendak pertikaikan apa projek hendak diberi kepada anak atau menantunya.

“Sebab daurat, perlembagaan itu kita letak dalam tong sampah.”

Demikian dakwaan dinyatakan Presiden Laskar Siber, Datuk Lokman Noor Adam, dalam satu sidang video Facebook secara langsung mendedahkan perkara tersebut.

https://peraktoday.com.my/2021/01/menantu-perdana-menteri-didakwa-terima-projek-bernilai-rm1-16-bilion/

28/01/2021

#POLITIK COVID: SAH BERSATU MENJADI DALANG MENDESAK ZAHID MELETAK JAWATAN???


Percaturan ini boleh menjadi membunuh dua ekor burung dengan melastik seketul batu,
MENDESAK ZAHID LETAK JAWATAN dan pada masa yang sama agenda multi dimensional yang berada dalam gambar satu bingkai: pemimpin baharu, pengaruh akar umbi Umno ke arah Bersatu, pecahkan Umno atau kuburkan Umno SAMA ADA MELALUI PROSES UNDANG-UNDANG ATAU HILANG SOKONGAN AKAR UMBI.

Desakan terbuka melalui kain rentang dan akar umbi Umno supaya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai presiden, dapatkah diertikan petanda adanya rancangan bahawa Umno bakal mempunyai pemimpin baharu?

Kain-kain rentang yang dipasang di Kuala Kangsar dan Tanjung Malim, sebelum ini di Seremban dan Shah Alam mempamerkan kaedah dan taktik pecah-belah yang bertujuan supaya elemen penafian, TIMBULNYA TUDUH MENUDUH DAN LAGA-MELAGA yang akan membawa kepada situasi haru-biru dan `chaos’ dalam Umno. Agak menarik untuk memerhatikan secara wacana perjalanan berita ini.

Jika diteliti dari manakah sumber berita kain rentang dan desakan supaya Zahid letak jawatan ini. ADAKAH SUMBER BERITA DARI DALAMAN UMNO SENDIRI ATAU DARI LUAR?

 

SUMBER: Klik disini dan teruskan membaca: KLIK DISINI.net/

21/01/2021

#SCAMMER: WASPADA PENIPUAN MELALUI WHATSAPP & AGEN JUAL LANGSUNG


#PERINGATAN: Jangan serah kod pengesahan 6-digit kepada mana-mana pihak – MCMC

BANGI, 8 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan TAKTIK PENIPUAN YANG BERTUJUAN MENGAMBIL ALIH AKAUN WHATSAPP PENGGUNA.

 

Jabatan Komunikasi Korporat MCMC dalam satu kenyataan berkata, taktik itu menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima daripada pihak Whatsapp. 

 

Katanya, kod pengesahan tersebut diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun Whatsapp. 

 

MCMC berkata, pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh menyebabkan AKAUN WHATSAPP MEREKA DIAMBIL ALIH OLEH ‘SCAMMER’. 

 

Kementerian itu berkata, pihaknya mengesan beberapa modus operandi yang digunakan antaranya penyamaran sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun Whatsapp dan kemudian merayu bantuan pengguna menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima. 

 

“Scammer menyamar sebagai kakitangan Whatsapp dan meminta pengguna menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima. 

 

“Scammer sengaja membuat beberapa cubaan pengesahan yang gagal. Lantaran itu, sistem Whatsapp akan seterusnya membuat panggilan automatik ke nombor pengguna untuk memaklumkan kod pengesahan,” katanya. 

 

Melalui helah itu, katanya, scammer akan melakukan penyamaran dan berhubung dengan pengguna untuk mendapatkan kod atau cuba meneka secara rambang jika panggilan berkenaan tidak berjawab. 

 

Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai supaya BERWASPADA TERHADAP PERMINTAAN KOD 6-DIGIT daripada mana-mana pihak termasuk mesej daripada orang yang dikenali atau kakitangan Whatsapp serta lain-lain pihak berkuasa. 

 

“Tidak sekali-kali menyerahkan kod pengesahan 6-digit Whatsapp kepada mana-mana pihak atau menyerahkan kata laluan atau PIN bagi peti mesej suara. 

 

“Memastikan kata laluan atau PIN peti suara adalah rumit dan sukar untuk diteka,” katanya.


Rujukan: KLIK DISINI



17/01/2021

SAMPAI BILA PEMIMPIN MELAYU MAHU SEDAR…???


LEMAS
 SUNGGUH DENGAN POLITIK MELAYU HARI INI. Semua berpecah, tidak ada kesudahan. Ultra kiasu paling seronok kerana mereka sentiasa menang.

Jika UMNO meninggalkan PAS, ULTRA KIASU (DAP) MENANG. Jika PAS meninggalkan UMNO, ultra kiasu juga menang, Jika UMNO bekerjasama dengan ultra kiasu, lagilah ultra kiasu menang. Yang rugi, tetap umat Islam (Melayu). Sememangnya Melayu mahu kalahkah? Kalah itu indah, gamaknya.

Pendek kata, perpecahan dalam kalangan parti politik Melayu telah dan akan memberikan kemenangan kepada ultra kiasu. Apatah lagi, bekerjasama dengan ultra kiasu, termasuk MCA dan Gerakan. Mereka sedia berpindah-randah parti untuk memenangkan bangsa mereka manakala pemimpin Melayu rela tikam-menikam demi alasan yang entah-berantah.

Duhai orang UMNO, jangan sekali-kali kalian harapkan kelemahan UMNO. Wahai orang UMNO, jangan sekali harap kejatuhan PAS…

Tidak belajarkah dari sejarah yang baru berlaku sebelum PRU14. Sebelum apa-apa PAS terlebih dahalu dilanggar olah rakannya dan dirompak hati sebahagian pemimpinnya sehingga lahirlah anak buluh kiasu yang kononnya ada sifat amanah dan sifat ikram. Menjelang PRU isu-isu seperti GST, 1MDB dan 90 juta digunakan untuk membunuh karakter bangsa Melayu. Seolah Melayu dan Islam tiada kebaikan, timbullah kata keparat “Pilih pemimpin bukan pilih syurga atau neraka”.

SUDAHKAH KITA LUPA 22 BULAN, KETIKA ULTRA KIASU BERKUASA. Ultra kiasu caturkan segalanya sehingga keadaan menjadi porak peranda. Atau kalian benar-benar menginginkan 22 bulan itu berulang kepada 44, 66 atau 88. PRU 14, kamu dilemahkan bersama-sama.

Lemahnya salah satu parti UMNO-PAS, akan melemahkan Islam dan bangsa di negara ini. Pasti akan ada entiti lain yang akan mengambil tempat dan menjadikan keadaan makin gawat. Sekurangnya kamu masuklah panggung tengok dan belajar dari Upin-Ipin Keris Siamang Tunggal, itulah kamu UMNO dan PAS.

Saya amat yakin, PERPECAHAN DALAM KALANGAN PARTI POLITIK MELAYU TELAH LAMA DIRANCANG OLEH ULTRA KIASU. Terutama melagakan antara dua parti Melayu Islam terbesar iaitu UMNO-PAS. Saya tidak faham, kenapa kita begitu naif, terus terperangkap, terus diperbodohkan. Jika PN berpecah ultra kiasu akan bertepuk tangan, TETAPI MN BERPECAH MEREKA AKAN BERPESTA 1000 HARI 1001 MALAM. Jangan biarkan mereka bertepuk tangan, apatah lagi berpesta.

Lebih menjengkelkan, dalam keadaan sebegini dikatakan ada sebahagian pemimpin UMNO tanpa segan silu mengatakan secara terbuka untuk bekerjasama dengan ultra kiasu yang selama ini dianggap sebagai musuh paling tegar.Tidak ada rasa malu langsung untuk jilat ludah kembali, ia bukan soal mengugut PPBM, tetapi ia soal marahkan nyamuk rumah dibakar.

Paling hina, bila ada kenyataan terbuka, mahu lepas diri daripada perbicaraan di mahkamah. Tidakkah kita berpegang kepada prinsip sekiranya tidak bersalah, apa yang mahu ditakutkan. Dari satu pihak lagi terlihat PN seolah mahu meneruskan agenda PH untuk membuat perbicaraan terpilih. Kalau nak dakwa, dakwa semua.

Bersambung: Baca disini cepat

15/01/2021

SITUASI TERKINI PANDEMIK COVID-19 DI NEGERI TERENGGANU 15 JANUARI 2021


Pada 15 Januari 2021
, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah merekodkan pertambahan 28 kes sembuh dan 92 kes baru Covid-19 menjadikan terdapat 330 kes Covid-19 aktif di Negeri Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 753 kes.    328 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19 di Hospital Hulu Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Hospital Setiu, PKRC Marang dan PKRC ILKKM Kuala Terengganu. Dua (2) kes menerima rawatan di ICU HSNZ dan diberikan alat bantuan pernafasan.

a) PERINCIAN KES SEMBUH

11 kes Kluster Dataran Utas; 6 dari mukim Sura [Kes 421, Kes 420, Kes 422, Kes 450, Kes 545 & Kes 455] dan 5 dari mukim Jerangau [Kes 414, Kes 415, Kes 416 kes 417 dan Kes 418]

4 kes OKT dari mukim Pulau Kerengga [390, Kes 391, Kes 392 & Kes 395]

2 kes Kluster Palut dari mukim Abang [Kes 419 & Kes 451]

1 kes Kluster Permint Harmoni dari mukim Bandar [Kes 396]

4 kes dari mukim Chukai [Kes 407, Kes 426, Kes 427 & Kes 432]

2 kes dari mukim Lubuk Kawah [Kes 425 & Kes 430]

2 kes dari mukim Bandar [Kes 400 & Kes 402]

1 kes masing-masing dari mukim Batu Buruk [Kes 401] dan mukim Keluang [Kes 413].

b) PERINCIAN KES BARU

Daripada 92 kes baru pada hari ini, 3 kes adalah import B, 2 import C dan 87 kes penularan tempatan.

Kaedah pengesanan:

Saringan kontak rapat: 87 (Kluster Kubang Bujuk: 66, Kluster Permint Harmoni: 2, Kluster Palut: 1, Kluster Dataran Utas: 1, Kontak kes-kes lain:17)

Saringan individu bergejala: 3

Saringan penilaian risiko zon merah: 2

66 kes adalah kes Kluster Kubang Bujuk yang dikesan melalui aktiviti saringan kontak  [Kes 669 hingga Kes 733]. SEMUA KES DARI MUKIM SERADA dan telah dimasukkan ke HHT dan PKRC untuk rawatan pengasingan.

Rujukan: https://t.me/MKNRasmi/9495

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...