SYARIKAT IRIS INFORMATION TECHNOLOGY (IRIS) yang dikatakan mempunyai kaitan dengan S5 Holdings Incorporation (S5) dikatakan MENERIMA PROJEK DARIPADA KERAJAAN BERNILAI RM1.16 BILION.
Persoalan kemungkian wujud RUNDINGAN
TERUS atau
amalan kroni timbul apabila syarikat S5 itu didakwa
mempunyai kaitan dengan MENANTU
PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN.
Beliau adalah Datuk Muhamad Adlan Berhan, yang dikatakan mempunyai saham S5 melalui
syarikat Agathistwo Jia Sdn Bhd.
Dakwaan
timbul apabila penganugerahan projek kepada Iris melalui rundingan dengan
syarikat S5 diberikan pada 29 Januari 2021 iaitu ketika Perintah Darurat
berkuat kuasa.
Oleh demikian, Muhyiddin didakwa
menggunakan kuasa dalam Ordinan Darurat untuk membenarkan syarikat mempunyai
kaitan dengan menantunya itu untuk menerima projek bagi Mengkaji, Mencadang,
Merekabentuk, Membangun, Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji,
Mengintegrasi, Memigrasi Data dan Mentauliah Sistem Imigresen Bersepadu
Nasional untuk Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).
“AMAT MENYEDIHKAN, NAMUN DIKALA RAKYAT MENDERITA, saya hendak ucap tahniah kepada Iris sebuah
syarikat Iris Information Technology adalah anak syarikat Iris, di mana
syarikat S5 System Sdn Bhd yang mempunyai hubungan…tuan-tuan pun tahulah.
“Siapa punya, kalau tanya S5 ini, semua
orang kenal, menantu Muhyiddin Yassin yang bernama Adlan Berhan, mempunyai
kaitan dengan syarikat ini.
“Projeknya taklah sebanyak seperti mana
peniaga-peniaga kecil perolehi, cuma RM1.16 bilion sahaja, tak banyak.
“Ini memang biasalah, untuk anak
Perdana Menteri, menantu Perdana Menteri.. memang kira bahagian-bahagian
mereka.. halal, tak ada yang haram, haram jadah sahaja.
“Inilah akibatnya kenapa mereka hendak
sangat supaya darurat diisytiharkan kerana kita tak boleh langsung hendak
pertikaikan apa projek hendak diberi kepada anak atau menantunya.
“Sebab daurat, perlembagaan itu kita
letak dalam tong sampah.”
Demikian dakwaan dinyatakan Presiden
Laskar Siber, Datuk Lokman Noor Adam, dalam satu sidang video Facebook secara
langsung mendedahkan perkara tersebut.