Salam. Hari ini aku ingin menyingkap kembali peristiwa
hitam yg berlaku dlm sejarah negara kita iaitu rusuhan kaum yg berlaku pada 13
Mei 1969. So sila lah baca dengan hati yang tenang.
PERISTIWA 13 MEI 1969 masih segar
diingatan setiap rakyat Malaysia walaupun ianya telah berlaku lebih kurang 50
tahun yang lalu. Apakah peristiwa 13 Mei 1969? Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan
peristiwa rusuhan kaum yang terbesar pernah berlaku di Malaysia dan
telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di dalam negara.
Ianya telah berlaku pada tanggal 13 Mei 1969 dan telah
melibatkan dua kaum majoriti di negara ini iaitu kaum Melayu dan Cina.
Peristiwa yang sungguh menyayat hati ini telah mengorbankan banyak nyawa serta
melibatkan banyak kemusnahan harta benda.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, angka rasmi
kematian dan kemusnahan harta benda ialah:
Angka rasmi ini adalah berdasarkan buku
yang bertajuk 13 Mei: Sebelum dan Selepas (Penulis: Tunku Abdul Rahman):
* Mati: 196 orang
* Cedera: 439 orang
* Hilang: 39 orang
* Ditahan: 9143 orang
* Kemusnahan harta benda: 211 kenderaan
musnah
STATISTIK TIDAK RASMI PULA IALAH:
* Melayu: 86 orang
* Cina: 342 orang
* Lain-lain: 3 orang
Berdasarkan tesis Ph.D daripada Universiti California
menganggarkan:
Kematian: 20, 000 orang
Walau bagaimanapun, jumlah kematian dan kemusnahan
sebenar dalam peristiwa berdarah ini masih tidak dapat dipastikan. Hal ini
kerana terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa terdapat banyak lori yang
membawa mayat-mayat yang tidak sempurna untuk dihantar ke Balai Polis Jalan
Travers.
Selain itu, banyak bilik mayat di hospital-hospital
berdekatan dengan kawasan rusuhan tidak dapat menampung jumlah mayat mangsa
yang terkorban.
Apakah faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969?
Terdapat banyak faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei ini. Antara
faktor-faktor yang mencetuskan peristiwa rusuhan kaum ini ialah:
1. Layanan berat sebelah oleh tentera
Jepun (Masyarakat Cina dilayan dengan teruk)
2. Dasar
Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu (Masyarakat Melayu ditindas)
3. Dasar
pecah dan perintah oleh Inggeris
4. Latar
belakang pendidikan yang berbeza
5. Pertelingkahan
parti politik
6. Perasaan
tidak puas hati terhadap Hak Istimewa Orang Melayu.
7. Bahasa
Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi negara
Walau bagaimanapun, FAKTOR UTAMA YANG MENCETUSKAN
TRAGEDI 13 MEI 1969 ini adalah berikutan kemenangan besar parti
pembangkang dalam keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Hal ini telah menyebabkan Parti Perikatan
gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen, meskipun berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
Selepas daripada kemenangan pilihanraya tersebut, pihak pembangkang bercadang
untuk membuat perarakan kemenangan bagi meraikan kejayaan tersebut.
Hal ini telah menyebabkan PENDUDUK MELAYU DI KAMPUNG BARU,
KUALA LUMPUR BERASA TERANCAM dengan
kemenangan pihak pembangkang tersebut.
Dalam perarakan kemenangan tersebut, KAUM CINA TELAH
MENGHINA KAUM MELAYU dengan melaungkan pelbagai slogan yang menghina kaum
Melayu. Selain itu, mereka juga turut MEMBUAT PENYAPU BESAR dan mengikat
pada kenderaan dengan tujuan sebagai simbol untuk menghalau
atau menyingkir orang Melayu. Hal ini telah menyebabkan
orang Melayu merasa tercabar.
Oleh itu, orang Melayu telah bercadang untuk
mengadakan perarakan balas dan telah berkumpul dirumah Menteri Besar Selangor
pada waktu itu iaitu Dato’ Harun Idris di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Sewaktu berkumpul orang Melayu telah membawa senjata
seperti parang panjang dan pedang untuk berkumpul. Selain itu, penduduk Melayu
yang berkumpul turut TERDENGAR KHABAR ANGIN mengenai
seorang wanita mengandung mati dibunuh dengan
menggunakan besi penggantung babi. Hal ini telah menyebabkan
tercetusnya peristiwa bersejarah ini.
Sewaktu berlakunya rusuhan kaum ini, terdapat ramai saksi yang menyatakan bahawa mereka melihat berpuluh-puluh parang terbang MEMENGGAL KEPALA ORANG CINA. Hal ini telah menyebabkan mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu berasa gerun dan gentar.
Tahukah kalian bagaimana parang tersebut terbang?
Jawapannya ada pada bangsa Melayu itu sendiri. Ia adalah merupakan salah satu
daripada ilmu kebatinan Melayu. Parang-parang terbang pada waktu itu adalah
merupakan ilmu kebatinan yang diamalkan oleh TENTERA SELENDANG MERAH atau SELEMPANG MERAH yang datang dari BATU PAHAT DAN MUAR (Tentera Selendang atau
Selempang Merah ini adalah tentera DIBAWAH PIMPINAN KIAI SALLEH yang menentang
kekejaman komunis di Muar dan Batu Pahat sewaktu PKM mengganas di Tanah Melayu
selepas penjajahan Jepun).
Sebenarnya tentera-tentera selendang merah ini
mengamalkan Ayat Empat dan memakai selempang merah. Selempang merah tersebut
akan didoakan supaya mudah-mudahan si pemakai selempang merah tersebut mendapat
perlindungan daripada Allah S.W.T. Secara zahirnya mungkin selempang merah yang
dipakai oleh para pejuang tersebut hanya untuk menaikkan semangat mereka. Namun
demikian kita tidak pasti rahsia disebalik pemakaian selempang merah ini.
Wallahua’lam.