Translate

23/06/2018

MAHATHIR TUTUP PERIOK NASI NELAYAN

22 JUN: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberikan pendirian bercanggah dengan Menteri Pertanian Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkaitan bantuan bulanan kerajaan kepada nelayan.
Perdana Menteri Tun Dr MAHATHIR Mohamad dalam wawancara dengan Malay Mail hari ini berkata kerajaan berhasrat memansuhkan bantuan bulanan antara RM200 hingga RM300 kepada 57,000 nelayan.
Manakala Salahuddin dalam sidang medianya semalam pula memberi jaminan kerajaan akan meneruskan bantuan itu.
Memetik laporan media MKini, Salahuddin berkata beliau sedang mendapatkan penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri berkaitan perkara itu.
Mahathir dalam wawancara itu berkata Putrajaya tidak dapat mengekalkan dasar-dasar era BN kerana kekurangan dana.
“Mereka mampu beri kerana ia wang curi. Atau ia disalah guna daripada dana-dana kerajaan, untuk menjadi popular di kalangan nelayan.
“Kita tidak boleh gunakan wang kerajaan untuk itu, untuk menjadi popular. Kita tiada wang curi untuk diberi pada mereka.
“Jadi kita terpaksa potong. Mereka hilang pendapatan tetap percuma. Kerana kita tidak dapat beri, mereka tidak akan gembira,” beliau dipetik sebagai berkata semalam.
Salahuddin, dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet sebelum ini berkata, beliau menerima aduan nelayan bahawa elaun mereka tidak dimasukkan ke dalam bank.
Bagaimanapun, katanya, ini hanya kes terpencil susulan kemungkinan masalah teknikal dengan salah satu bank serta menjadi ia tidak akan dihentikan.
“Saya ingin nyatakan semua elaun sara hidup dah dideposit 11 Jun.
“Secara umum semua bantuan berkaitan bajet akan diteruskan seperti biasa. Rakyat tak usah bimbang bila tukar kerajaan elaun sara hidup dihentikan. Itu tidak berlaku,” katanya.
Katanya, jika ekonomi bertambah baik dan hutang negara dalam kawalan, insentif-insentif kepada rakyat akan disemak semula.
Bantuan kepada nelayan itu diberikan sejak 2008 bagi membantu mengurangkan kos sara hidup mereka.
Hanya nelayan yang turun ke laut sekurang-kurangnya 120 hari setahun layak mendapat bantuan itu.
Sumber: KLIK DISINI

21/06/2018

#ISU PANAS: KISAH SEBENAR PEMBUNUHAN ALTANTUYA DIRANCANG OLEH MAHATHIR????

Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi MAHATHIR terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).

MENGAPA Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.

Mengikut siasatan, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA.

Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene

1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah:

a) Mokhzani Mahathir dan
b) Ibrahim Mohd Noor (yang ketika itu merupakan CEO BERNAS yang baru disenaraikan, serta bertindak bagi proxy Daim Zainuddin)

2) Pada mulanya rundingan di lakukan melalui Syarikat Perimekar Sdn Bhd iaitu anak syarikat Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda. Pengarah Syarikat Perimekar pula ialah:

a) Laksamana Muda (Rtd) Hussin Tamby dan
b) Mazlina Makhzan iaitu isteri Abdul Razak Baginda.
(Sila rujuk FAKTA 2 dan FAKTA 3)

3) PENGLIBATAN ALTANTUYA

Sebenarnya Altantuya langsung tidak terlibat didalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene dan NAMA ALTANTUYA HANYA DIGUNAKAN UNTUK MEMFITNAH NAJIB. Pandangan saya ini adalah berdasarkan pada keterangan Abdul Razak Baginda, dimana beliau telah memberitahu Mahkamah bahawa:

a) Beliau hanya mula mengenali Altantuya pada akhir 2004,
b) Sementara rundingan pembelian kapal selam Scorpene bermula pada tahun 2000
c) Dan perjanjiannya Scorpene dimuktamatkan dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2002.
d) Semasa rundingan diadakan, seorang warga Inggeris bernama Martin Hill, telah bertindak sebagai jurubahasa kerana beliau fasih dalam bahasa Perancis,
(Sila rujuk FAKTA 4)
4) MAHATHIR JUGA TERLIBAT:

SEMASA RUNDINGAN DIMULAKAN SEHINGGA PERJANJIAN PEMBELIAN DIMUKTAMATKAN:

a) Perdana Menteri Malaysia ialah Mahathir;
b) Menteri Kewangan juga ialah Mahathir;
Jadi sebagai sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, adalah mustahil Mahathir tidak tahun tentang kos pembelian Scorpene kerana yang akan menyediakan dan meluluskan bajet ialah Kementerian Kewangan.
Slogan Bersih, Cekap dan Amanah ialah slogan yang digunakan Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Tetapi rupa-rupanya Mahathir TIDAKLAH BERSIH dari skandal seks (sila rujuk FAKTA 5).
Jika kita renung betul-betul wajah-wajah ANAK ANGKAT Mahathir iaitu Melinda Mahathir, Mazhar Mahathir dan Maizura Mahathir, maka kita dapati bahawa wajah-wajah mereka adalah SEIRAS dengan wajah-wajah anak-anak Mahathir yang lain seperti Mirzan, Mokhzani, Mukhriz dan Marina (sila rujuk FAKTA 6).

Selain daripada itu, mengikut ajaran Islam, jika Melinda Mahathir, Mazhar Mahathir dan Maizura Mahathir adalah ANAK ANGKAT MAHATHIR MAKA ADALAH HARAM BAGI MEREKA DI BIN KAN ATAU BINTI KAN KEPADA MAHATHIR (sila rujuk FAKTA 7)

Memandangkan Mahathir juga adalah kaki perempuan, maka wujud kemungkinan Mahathir juga mempunyai skandal dengan Altantuya sehingga menyebabkan Altantuya mengandung (sila rujuk FAKTA 8).

5) SIAPA SIRUL AZHAR

Sirul Azhar pernah menjadi bodyguard Mahathir semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri (sila rujuk FAKTA 9). Jadi ada kemungkinan yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya ialah Mahathir kerana hendak menutup perhubungan sulit antara mereka berdua. Selain daripada itu tugas Sirul ada lah seorang bodyguard Perdana Menteri.  Beliau memulakan kareernya sebagai bodyguard Mahathir dan selepas Mahathir letak jawatan, beliau telah menjadi bodyguard Pak Lah. 

Memandangkan Sirul adalah seorang bodyguard Perdana Menteri iaitu Mahathir dan Pak Lah sehingga beliau ditangkap atas tuduhan membunuh Altantuya pada tahun 2006 (sila rujuk FAKTA 10) maka tidak mungkin Najib yang keluarkan arahan kepada Sirul untuk membunuh Altantuya kerana Najib hanya dilantik menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 iaitu TIGA TAHUN selepas Sirul ditahan atas tuduhan membunuh Altantuya

JADI SOALAN SAYA PADA MAHATHIR IALAH: SIAPA YANG LEBIH RAPAT DENGAN SIRUL SEHINGGA BOLEH KELUARKAN ARAHAN UNTUK MEMBUNUH ALTANTUYA

FAKTA 1 – Malaysia tidak mohon ekstradisi Sirul – Dr Mahathir – Front Desk

8 Jun 2018

PUTRAJAYA, 8 Jun: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak membuat permohonan agar Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh diserah balik kepada negara ini.

Beliau berkata bekas anggota polis itu yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati atas pertuduhan membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu tidak dibenarkan dihantar pulang.

“Sirul tidak boleh balik ke Malaysia kerana Australia tidak benarkan orang yang mungkin akan digantung sampai mati balik ke negara mereka sebab undang-undang di negara itu.

“Kita mungkin akan membatalkan hukuman gantung ke atasnya dan mungkin diganti dengan hukuman penjara sebagainya supaya dia boleh kembali ke tanah air,” kata Dr Mahathir pada sidang media, di sini hari ini.

Rujuk: KLIK DISINI

Sumber: KLIK DISINI

20/06/2018

IBLIS BERTOPENGKAN MANUSIA

KUALA LUMPUR - Umno dinilai lebih baik bekerjasama dengan Pakatan Harapan berbanding bersama Pas.

Memetik laporan The Malaymail, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri MOHAMED NAZRI AZIZ berkata, ini kerana Umno-BN merupakan parti berbilang kaum berjuang hanya menegakkan agama Islam semata-mata.

"Pada saya, saya akan memilih bekerjasama dengan DAP atau PKR. SAYA BUKAN SEORANG YANG ISLAMIK," katanya.

Bekas menteri perlancongan itu berkata, secara peribadi beliau tidak mempercayai bahawa parti yang berteraskan Islam mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia jika dilihat pada keadaan semasa.

"Saya bukan seorang yang Islamik. Politik berteraskan agama adalah di luar fikiran saya. Saya menentang parti seperti itu.

"Sebagai rakyat Malaysia, DNA kita adalah berbilang bangsa. Jadi parti berteraskan agama bukan caranya. Saya tidak bersetuju dengan Pas," katanya.

Sebelum PRU14 lalu, Umno dan Pas bekerjasama atas semangat kepentingan Islam dan Melayu.

Bagaimanapun selepas kekalahan BN dalam PRU14 lalu, Pas dilihat tidak memberikan kerjasama bagi pembentukan kerajaan yang tergantung di Kedah dan Perak kerana tiada pihak berjaya mendapat majoriti mudah.

Di Kedah, 18 kerusi Dun dimenangi Pakatan Harapan, Pas 15 dan baki tiga lagi oleh BN, manakala Perak yang mempunyai 59 kerusi Dun memyaksikan Harapan menguasai 29 kerusi, BN (27) dan Pas (tiga).

Sumber: KLIK DISINI

19/06/2018

CAKAP-CAKAP ORANG KAMPONG TENTANG MAHATHIR - MELUAT

Sejak 3 hari di kampung isteri sipenulis (Mohd. Fadzil – bukan nama sebenar)! TAK PUTUS-PUTUS ORANG LUAHKAN PERASAAN RINDU KEPADA DATO SRI NAJIB RAZAK malah mereka banding-bandingkan dengan Mahathir! Orang kampung sekarang tidak layan lagi berita Awani mahu TV3!

Sebab mereka rasa benci dengan fitnah-fitnah terhadap Dato Sri Najib! Lagi Najib dihina lagi bertambah sayang mereka terhadap Najib! Orang kampung sekarang lebih suka cerita dari Fb Najib. Mereka sanggup usung ke surau ke masjid ke kedai kopi menjaja amanat atau luahan Najib!

Ini tidak pernah berlaku semasa Zaman BN memerintah! ADA BERBERAPA CERITA MENARIK INGIN AKU KONGSIKAN!

1. Anggota RELA

Ketika Mahathir memerintah tak putus-putus panggilan untuk mereka bertugas! Dari jaga lalu lintas budak sekolah pulang! Majlis kerajaan! Atau kawalan malam! Tapi kini kami kerja bukan sahaja tidak dinaikan elaun seperti yang dijanjikan Najib malah langsung tidak dibayar gaji. Maka ramai yang terduduk bila menjelang hari raya aidilfitri!

2. Projek Kerajaan BN

Ramai orang kampung mengeluh kerana tiada kerja akibat projek kerajaan dibatalkan! Mereka bukan orang kaya! Sudahlah mereka KEHILANGAN BANTUAN E KASIH DAN 1AZAM tapi hendak cari makan pun dekat kedai runcit cina pun tidak ada yang hendak terima! Apa lagi orang kampung boleh buat kalau projek PR1MA, Jambatan Sungai, HSR, ECRL, MRT3, projek baik pulih sekolah, projek bina sekolah dan hospital malah banyak lagi projek telah dihentikan!

Mana orang kampung tidak sakit hati ketika projek kerajaan BN dibatalkan projek kroni Mahathir diluluskan!

3. GST

Orang kampung bercakap-cakap kami tak pernah rasa terbeban dengan GST berasa sen sangat kami bayar! Sedangkan tanpa GST sekarang ini tidak ada satu pun harga barang turun!

4. SUBSIDI MINYAK SELITER RM1.50

Bila ditanya kepada orang kampung mana yang mereka pilih antara subsidi minyak dengan BR1M! Mereka sepakat kata BR1M sebab motosikal dan kereta mereka bukan banyak manapun pakai minyak! Malah lebih berbaloi nikmati BR1M hingga RM2,000 sebab jika dibahagikan dengan subsidi minyak per letter mereka dapat extra lebih dari separuh untuk digunakan bagi pelbagai perbelanjaan.

5. PENJENAMAAN SEMULA PRODUK NAJIB OLEH MAHATHIR!

Orang kampung berkata Mahathir tukarlah apa sahaja nama produk Najib tetapi mereka tetap panggilan BR1M! UTC! RTC! Klinik1Malaysia kerana itu bahasa harian kami dan tanda ingatan kami kepada Najib!

6. BUDAK-BUDAK TAHFIZ

Seorang guru tahfiz berseloroh! Walaupun sekolah tahfiz terpelusuk jauh diperdalaman. Mereka tidak sangka Dato Sri Najib yang tidak pernah sampai ke sekolah mereka tetapi bantuannya sampai setiap bulan tetapi sekarang anak-anak tahfiz perlu keluar mencari derma untuk membiayai sekolah mereka!

7. MAHATHIR VS NAJIB

ORANG KAMPUNG LEBIH PERCAYAKAN NAJIB dan langsung tidak suka Mahathir. Mereka gelarkan MAHATHIR PEROSAK NEGARA! Mereka bertambah benci bila dia membenarkan DAP menjaga kewangan negara! Orang kampung tidak pernah percayakan DAP!

8. UCAPAN KHAS HARI RAYA MAHATHIR

Ramai orang kampung berkata, mereka tengok ucapan Mahathir tidak sampai separuh siaran kerana BOSAN! BENCI! MELUAT! Apatah bila masuk bab mahathir kutuk kerajaan BN dan anggap dia berjaya bina kerajaan yang perfect! Orang kampung kata kami tidak buta!

9. MALAYSIA BANKRAP

Kami tidak faham apa itu negara Bankrap tetapi apa yang kami faham selama 9 tahun Najib jadi PM! Ada sahaja buah tangan dan bantuan diumumkan kepada kami! Malah peluang kerja bersepah-sepah disana-sini cuma hendak kerja tau tidak je! Hendak berniaga macam-macam kursus ditawarkan kerajaan setiap bulan! Macam-macam bantuan disediakan Najib cuma rajin dengan tidak rajin sahaja!

Zaman Mahathir semua itu lenyap sekelip mata!

10. MAHATHIR BAHAN KETAWA ORANG KAMPUNG!

Ada ke patut dia cakap dia berjaya berjabat tangan dengan 55,300 orang pengunjung rumah terbukanya! Dia fikir orang kampung bodoh tidak boleh berfikir yang dia yang sedang berumur 93 tahun terpaksa berdiri lebih dari 16 jam untuk bersalam seorang pada setiap 1 second bagi mendapatkan 55k pengunjung!

Aku agak tangan dia macam mata misin potong rumput yang sedang berpusing kot! Punya laju berjabat dengan 55,300 pengunjung! Disambung gelak ketawa memecah suasana anjung surau!

Penutup! Rupa-rupanya SOKONGAN RAKYAT KEPADA NAJIB LEBIH KUAT dari sokongan akar umbi UMNO dan BN! Orang kampung sependapat Hari Raya ini suram kerana Najib bukan PM. Orang kampung yakin Najib terbaik tetapi orang UMNO BN bagaimana?

Orang kampung nampak Dato Sri Najib sebagai Ketua pembangkang yang hebat. Walaupun beliau keseorangan tanpa bantuan! Tapi mampu menggegarkan kerajaan baru walaupun tomahan terhadapnya semakin hebat diperlakukan. Anwar waktu dijatuhkan tidak sehebat Najib kerana Anwar penggunakan rakyat turun ke jalan tapi Najib dia boleh buat seorang diri sahaja! 

||| Mohd Fadzil


17/06/2018

SIKAP TUN MAHATHIR MEMANG SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN

Datuk Abdullah Hj Ahmad Badawi yg menggantikan Tun Mahathir menghadapi masalah demi masalah sebaik mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Harga minyak dunia yg melambung sehingga USD200 telah menyebabkan kerajaan menanggung subsidi yang teruk. Kegawatan ekonomi dunia diambil peluang oleh Tun untuk memanipulasi keadaan bagi menyerang Pak Lah.

Akhirnya Pak Lah terpaksa menaikkan harga minyak sebanyak 60 sen yg mencetus kemarahan rakyat dan Mahathir mula menyerang Pak lah mengambil peluang dari kenaikan harga minyak dunia itu. Tun mendesak Pak Lah berbelanja seperti biasa ketika krisis ekonomi meruncing. Kata pak Lah NEGARA BAKAL BENGKRAP SEKIRANYA BELIAU MENGIKUTI KEHENDAK MAHATHIR berbelanja seperti biasa.

Pak Lah menghadapi PRU dengan tekanan berterusan dari Mahathir. Kerajaan PAK LAH DITUDUH MENGAMALKAN RASUAH DAN TUDUHAN DIBUAT OLEH TUN MAHATHIR sendiri.

Akhirnya keputusan PRU 12 lima negeri hilang. Pak Lah mentadbir negara ini cukup sebentar sebelum melepaskan jawatannya.

Sebelum bersara Pak lah telah mengangkat Najib sebagai Perdana Menteri.


Najib pula mengambil alih negara ini ketika negara hampir bengkrap apabila SIMPANAN DI BANK NEGARA HANYALAH USD20 BILLION iaitu kira kira RM50 billion. Kesan kerugian didalam forex yg diperjudikan oleh Tun Mahathir telah menyebabkan RM34 billion wang negara lesap. Banyak pelaburan yg dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu musnah. Ini TERMASUKLAH PERWAJA, MOMINCO, PROJEK BAKUN DAN BERMACAM MACAM PROJEK LAGI TERMASUK LAH SKANDAL BANK BUMIPUTRA HONG KONG yg memerlukan suntikan modal baru. Seorang akauntan kita Abdul Jalil Ibrahim dibunuh didalam kebun pisang ketika dihantar oleh ibu Pejabat Bank Bumiputra bagi menyiasat punca utama Bank berkenaan ditutup.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...