Sejak 3 hari di kampung isteri
sipenulis (Mohd. Fadzil – bukan nama sebenar)! TAK PUTUS-PUTUS ORANG
LUAHKAN PERASAAN RINDU KEPADA DATO SRI NAJIB RAZAK malah mereka
banding-bandingkan dengan Mahathir! Orang kampung sekarang tidak layan
lagi berita Awani mahu TV3!
Sebab
mereka rasa benci dengan fitnah-fitnah terhadap Dato Sri Najib! Lagi Najib
dihina lagi bertambah sayang mereka terhadap Najib! Orang kampung sekarang
lebih suka cerita dari Fb Najib. Mereka sanggup usung ke surau ke masjid ke
kedai kopi menjaja amanat atau luahan Najib!
Ini
tidak pernah berlaku semasa Zaman BN memerintah! ADA BERBERAPA CERITA
MENARIK INGIN AKU KONGSIKAN!
1. Anggota RELA
Ketika
Mahathir memerintah tak putus-putus panggilan untuk mereka bertugas! Dari jaga
lalu lintas budak sekolah pulang! Majlis kerajaan! Atau kawalan malam! Tapi
kini kami kerja bukan sahaja tidak dinaikan elaun seperti yang dijanjikan Najib
malah langsung tidak dibayar gaji. Maka
ramai yang terduduk bila menjelang hari raya aidilfitri!
2. Projek Kerajaan BN
Ramai orang kampung mengeluh kerana tiada kerja akibat projek kerajaan
dibatalkan!
Mereka bukan orang kaya! Sudahlah mereka KEHILANGAN BANTUAN E
KASIH DAN 1AZAM tapi hendak cari makan pun dekat kedai runcit cina
pun tidak ada yang hendak terima! Apa lagi orang kampung boleh buat kalau
projek PR1MA, Jambatan Sungai, HSR, ECRL, MRT3, projek baik pulih sekolah,
projek bina sekolah dan hospital malah banyak lagi
projek telah dihentikan!
Mana
orang kampung tidak sakit hati ketika projek kerajaan BN dibatalkan projek kroni Mahathir diluluskan!
3. GST
Orang
kampung bercakap-cakap kami tak pernah rasa terbeban dengan
GST berasa sen sangat kami bayar! Sedangkan tanpa GST sekarang ini tidak ada satu pun harga barang turun!
4. SUBSIDI MINYAK SELITER RM1.50
Bila
ditanya kepada orang kampung mana yang mereka pilih antara subsidi minyak
dengan BR1M! Mereka sepakat kata BR1M sebab motosikal dan kereta mereka bukan
banyak manapun pakai minyak! Malah lebih berbaloi nikmati BR1M hingga RM2,000
sebab jika dibahagikan dengan subsidi minyak per letter mereka dapat extra
lebih dari separuh untuk digunakan bagi pelbagai perbelanjaan.
5. PENJENAMAAN SEMULA PRODUK NAJIB OLEH MAHATHIR!
Orang
kampung berkata Mahathir tukarlah apa sahaja nama produk Najib tetapi mereka
tetap panggilan BR1M! UTC! RTC! Klinik1Malaysia kerana itu bahasa harian kami
dan tanda ingatan kami kepada Najib!
6. BUDAK-BUDAK TAHFIZ
Seorang
guru tahfiz berseloroh! Walaupun sekolah tahfiz terpelusuk jauh
diperdalaman. Mereka tidak sangka Dato Sri Najib yang tidak
pernah sampai ke sekolah mereka tetapi bantuannya
sampai setiap bulan tetapi sekarang anak-anak tahfiz
perlu keluar mencari derma untuk membiayai sekolah mereka!
7. MAHATHIR VS NAJIB
ORANG KAMPUNG LEBIH PERCAYAKAN NAJIB dan langsung tidak suka Mahathir. Mereka gelarkan MAHATHIR PEROSAK NEGARA! Mereka bertambah benci bila dia
membenarkan DAP menjaga kewangan negara! Orang kampung tidak pernah percayakan
DAP!
8. UCAPAN KHAS HARI RAYA MAHATHIR
Ramai
orang kampung berkata, mereka tengok ucapan
Mahathir tidak sampai separuh siaran kerana BOSAN! BENCI! MELUAT! Apatah bila masuk bab mahathir kutuk
kerajaan BN dan anggap dia berjaya bina kerajaan yang perfect! Orang kampung
kata kami tidak buta!
9. MALAYSIA BANKRAP
Kami
tidak faham apa itu negara Bankrap tetapi apa yang kami faham selama 9 tahun Najib jadi PM! Ada sahaja buah tangan dan bantuan
diumumkan kepada kami! Malah peluang kerja bersepah-sepah
disana-sini cuma hendak kerja tau tidak je! Hendak berniaga macam-macam kursus
ditawarkan kerajaan setiap bulan! Macam-macam bantuan disediakan Najib
cuma rajin dengan tidak rajin sahaja!
Zaman Mahathir semua itu lenyap sekelip mata!
10. MAHATHIR BAHAN KETAWA ORANG KAMPUNG!
Ada ke
patut dia cakap dia berjaya berjabat tangan dengan 55,300 orang pengunjung
rumah terbukanya! Dia fikir orang kampung bodoh tidak boleh berfikir yang dia
yang sedang berumur 93 tahun terpaksa berdiri lebih dari 16 jam untuk bersalam
seorang pada setiap 1 second bagi mendapatkan 55k pengunjung!
Aku agak
tangan dia macam mata misin potong rumput yang sedang berpusing kot! Punya laju
berjabat dengan 55,300 pengunjung! Disambung gelak ketawa memecah suasana
anjung surau!
Penutup!
Rupa-rupanya SOKONGAN RAKYAT KEPADA NAJIB LEBIH KUAT dari
sokongan akar umbi UMNO dan BN! Orang kampung sependapat Hari Raya ini suram
kerana Najib bukan PM. Orang kampung yakin Najib
terbaik tetapi orang UMNO BN bagaimana?
Orang
kampung nampak Dato Sri Najib sebagai Ketua pembangkang yang hebat. Walaupun
beliau keseorangan tanpa bantuan! Tapi mampu menggegarkan kerajaan baru
walaupun tomahan terhadapnya semakin hebat diperlakukan. Anwar waktu dijatuhkan
tidak sehebat Najib kerana Anwar penggunakan rakyat turun ke jalan tapi Najib
dia boleh buat seorang diri sahaja!
||| Mohd Fadzil