SIAPA 'SAMPAH' SEBENAR BAGI PPBM, BEKAS AHLI SOAL
TUN M
SHAH ALAM: Tindakan Tun Dr
Mahathir Mohamad menggelarkan 'SAMPAH'
kepada mereka yang
meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
dikritik bekas setiausaha parti itu, Kamarulazman Habibur Rahman.
Dr Mahathir dipercayai berkata
demikian dalam satu ceramah bersama penyokongnya di Bukit Merah, Perak pada 22
September lalu.
"Ketika berceramah di Bukit
Merah, Perak, Tun Mahathir dengan sinis menyindir mereka yang meninggalkan PPBM
sebagai 'sampah'. Mungkin di Malaysia hanya Tun Mahathir sahaja yang layak
menggelar orang lain sampah kerana beliau beranggapan bahawa beliau adalah insan terpilih dan tidak pernah berbuat salah.
"Namun saya tidak terkejut
dengan kenyataan itu kerana pasti ketika seseorang itu mencecah usia 92
tahun, kewarasan bukanlah menjadi teman 24
jam sehari," sindir Kamarulazman dalam kenyataannya pada hari ini.
Kamarulazman merupakan pemimpin
pertama PPBM yang mengumumkan keluar parti pada April lalu selepas mendakwa
parti berkenaan dipenuhi amalan
kronisme, pihak yang gila jawatan
malah hala
tuju perjuangan yang kabur.
Selepas beberapa pemimpin sayap
dan ahli-ahli di peringkat negeri turut meninggalkan parti, PPBM juga menerima
tamparan dengan ketiadaan Datuk Ezam Mohd Noor, dan paling terbaru membabitkan
Anina Saaduddin dan Datuk Hamidah Othman.
Kamarulazman kemudiannya
bertanyakan Dr Mahathir apakah perjuangan PPBM kini masih di landasan sebenar
sedangkan ia sudah
tersasar jauh demi
kepentingan sesetengah individu sahaja.
"Saya juga tidak pasti siapa
atau apakah sebenarnya sampah di dalam PPBM itu sendiri. Benarkah yang keluar
itu sampah atau
yang tinggal itu sampah?
"Atau adakah perjuangan itu
adalah sampah sebenarnya. Mana tidaknya, perjuangan sebenar PPBM adalah untuk
menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah mengikut perlembangaan dan ini banyak memecah belahkan bangsa.
Bukankah perjuangan PPBM mempunyai muslihat meletakkan seorang 'anak emas' yang tidak
mempunyai kebolehan di 'takhta impian' ketika matahari semakin hampir melabuhkan tirainya?,"
ujarnya.
Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dirujuk
sebagai 'anak emas' yang mana perjuangan PPBM ini diadakan demi memenuhi
cita-cita Dr Mahathir.
Kamarulazman juga mempersoal
apakah gelaran 'sampah' itu juga layak diberikan kepada Pengerusi PPBM, Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang dilihat tiada kredibiliti memimpin parti apatah lagi
hanya menuruti kehendak Dr Mahathir.
"Atau adakah presiden itu
sampah sebenarnya kerana memegang jawatan tetapi tidak punya kuasa kerana takut
dinyahkan oleh pemimpin
senja?
"Atau adakah budak budak di
keliling Presiden itu sampah sebenarnya kerana menjadi tukang atur dan tukang
karut hingga menyebabkan parti ini condong
menanti rebah untuk menghempap rumah rumah usang
kampung Melayu?," soalnya lagi.