Translate

Memaparkan catatan dengan label Pemimpin Senja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemimpin Senja. Papar semua catatan

25/09/2017

SAMPAH: PEMIMPIN SENJA CONDONG MENANTI REBAH

SIAPA 'SAMPAH' SEBENAR BAGI PPBM, BEKAS AHLI SOAL TUN M

SHAH ALAM: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menggelarkan 'SAMPAH' kepada mereka yang meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikritik bekas setiausaha parti itu, Kamarulazman Habibur Rahman.

Dr Mahathir dipercayai berkata demikian dalam satu ceramah bersama penyokongnya di Bukit Merah, Perak pada 22 September lalu.

"Ketika berceramah di Bukit Merah, Perak, Tun Mahathir dengan sinis menyindir mereka yang meninggalkan PPBM sebagai 'sampah'. Mungkin di Malaysia hanya Tun Mahathir sahaja yang layak menggelar orang lain sampah kerana beliau beranggapan bahawa beliau adalah insan terpilih dan tidak pernah berbuat salah.

"Namun saya tidak terkejut dengan kenyataan itu kerana pasti ketika seseorang itu mencecah usia 92 tahun, kewarasan bukanlah menjadi teman 24 jam sehari," sindir Kamarulazman dalam kenyataannya pada hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...