Mahathir
Boleh Beli 88 Jet Pejuang Cabuk, Najib Tak Boleh Beli 33 Pesawat Boeing Baru?
Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menggalas tugas selaku Perdana Menteri
merangkap Menteri Pertahanan membuat keputusan untuk membeli 88 buah jet
pejuang Skyhawks ‘usang’ (25 jet Syhawk A-4C dan 63 jet
Skyhawk A-4L) bagi kegunaan skuadran tempur udara Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM).
Bekas Pegawai Penyiasat TUDM,
Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff berkata, setiap satu pesawat bernilai US$1
juta (nilai 1980-an) dan kerajaan membelanjakan tambahan US$232 juta lagi untuk
membaikpulih rangka, enjin dan sistem pesawat yang digunakan Amerika Syarikat
ketika era peperangan di Vietnam.
Daripada 88 pesawat Skyhawk, 54 diubahsuai bagi tujuan ‘combat’ dengan
satu tempat duduk, 14 pesawat dengan dua tempat duduk bagi tujuan latihan dan
selebihnya kata Abdul Rahmat bagi membekalkan alat ganti.
Ujarnya, 40 pesawat diserahkan kepada Malaysia dengan nama A-4PTM
bermula pada 23 Februari 1985 dan semenjak tarikh berkenaan Dr Mahathir
melancarkan Skuadran No.6 TUDM menggunakan pesawat Skyhawk sungguhpun pada
waktu berkenaan negara dihimpit krisis ekonomi.
“Tetapi
ianya tidak menghalang kerajaan untuk membeli dua lagi pesawat pada 1985
bernama Grumman HU-16B Albatross yang merupakan pesawat laut bagi kegunaan
TUDM. Secara kebetulan, Grumman adalah kontraktor yang membaikpulih A-4PTMs
untuk Malaysia.
“Menariknya,
pesawat Albatross diletakkan di bawah Skuadran No 2 yang merupakan skuadran
komunikasi VIP. Kali terakhir Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF)
menerbangkan Albatross adalah pada 1973, penerbangan terakhir Tentera Laut Amerika
Syarikat (USN) pada 1976 sementara kali terakhir Pengawal Pantai Amerika
Syarikat (USCG) menerbangkan Albatross pada 1976.
“Kita
membeli sepasang (Albatross) pada 1985 tetapi pada 1987 saya tidak pernah
nampak ianya terbang lagi. 466 (Albatross) dibina semenjak 1949 dan pesawat
terakhir dibina pada 1961. Tidak mungkin kita membeli dua pesawat baru,”
katanya dipetik blognya, Seademon Says.
“Jadi
adakah salah Najib Razak mahu membantu meningkatkan ekonomi Amerika Syarikat
tetapi tidak salah bagi Mahathir melakukan perkara sama pada 1984. Saya
tertanya-tanya ekonomi siapalah meningkat ketika membeli
kapal terbang terpakai itu?”
Tambah Abdul Rahmat lagi, Malaysia membayar US$320 juta untuk membeli
88 pesawat tetapi cuma 40 buah sahaja diterima dan apabila kerajaan memutuskan
untuk menjual baki 48 pesawat yang masih belum diterima, TUDM diminta untuk
menunjukkan bukti pembelian pesawat berkenaaan.
Sementara
TUDM memiliki 40 pesawat yang diterima inventorinya, selebihnya sudah dibayar
tanpa menerima sebarang resit – ianya US$174.72 juta nilai pembelian pesawat
tanpa bukti pembelian.
“Malah
jika 48 pesawat itu tidak dinaiktaraf, ianya masih bermakna US$48 juta nilai aset
pertahanan menggunakan duit RAKYAT (pinjam frasa Pakatan) tidak
mempunyai resit yang mengatakan ianya milik kita,” kata Abdul Rahmat lagi.
Sumber: Malaysian Digest, dan DISINI