Najib
Berjaya Kemudi Malaysia Keluar Dari 2 Kemelut Ekonomi Global
Oleh kerana kita tidak menderita teruk, kita cenderung
untuk lupa atau tidak mengetahui tentang bagaimana
buruknya peristiwa-peristiwa global.
Anda sedang bercakap tentang Malaysia menghadapi
kemelesetan ekonomi global yang paling teruk sejak 70 tahun pada tahun
2009 dan menghadapi kejatuhan harga minyak global paling teruk, eksport utama
kita, sejak 45 tahun.
Ia boleh menjadi lebih buruk lagi jika Malaysia
mengamalkan dasar-dasar yang salah atau disalahuruskan – seperti pada
masa lalu.
Bukan sahaja kita berjaya keluar dari kedua-dua
kemelut utama dengan kesan yang agak kecil berbanding pada masa lalu apabila
kita menghadapi cabaran-cabaran seperti itu tetapi juga ekonomi kita cepat
pulih.
Berilah kredit kepada yang selayaknya.
Di sebalik
apa sahaja yang Mahathir atau Pakatan katakan tentang Najib, ia adalah
satu fakta bahawa beliau telah berjaya mengemudi Malaysia keluar dari masalah besar sebanyak
DUA KALI dalam tempoh 6 tahun dan telah meletakkan asas-asas yang lebih kukuh
untuk pertumbuhan
ekonomi yang lebih mapan seperti yang kita dapat lihat
menerusi suku pertama pertumbuhan KDNK.
Adakah
Mahathir dan Anwar telah menghadapi krisis ekonomi global seperti 2008 atau
lebih teruk? Tidak. Mereka goyah pada krisis ekonomi Asia berskala kecil
dan menyebabkan kita kehilangan 6 tahun pembangunan.
Adakah
Mahathir mengemudi kejatuhan harga komoditi dengan berjaya seperti Najib
lakukan pada 2015-2016? Tidak. Mahathir gagal teruk ketika kemerosotan komoditi pada
tahun 1985-1986 dan ekonomi jatuh ke dalam kemelesetan.
Kepada
pengkritik Kerajaan:
Adakah anda menafikan pada 2008-2009 merupakan Krisis Ekonomi Global – yang terburuk sejak kemelesetan
ekonomi global pada 1930-an?
Adakah anda menafikan pada 2014-2016
menyaksikan kejatuhan harga minyak terburuk sejak sekurang-kurangnya satu
generasi atau sejak 45 tahun yang lalu?
Jika anda
tidak menafikan kedua-duanya, maka bagaimana Malaysia bukan sahaja
terselamat secara relatifnya tidak tercalar malah terus menjadi antara
ekonomi yang paling pesat berkembang di kalangan negara-negara lain?
Adakah
dengan silap mata atau kerana restu Tokong agung di sebuah pulau
di utara?
Sumber: KLIK DISINI