Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan partinya untuk tidak terikut-ikut dengan budaya politik
parti lain yang terlalu mementingkan calon perdana menteri walaupun belum pasti akan menang pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"PAS jangan terpengaruh dengan
budaya politik lain daripada (parti) Islam.
"Al-Marhum
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah menegaskan: “Kita wajib terima siapa sahaja yang menerima Islam
walaupun dia bukan PAS," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Hadi berkata PAS tidak akan sesekali 'mengemis' dan meminta-minta jawatan tersebut kerana ia sama
sekali bertentangan dengan syariat Islam.
"PAS
menyambung perjuangan Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. mengikut
Al-Quran dan Sunnah.
"Hadis
baginda S.A.W bersabda: “Demi Allah! Aku tidak melantik orang yang meminta
jawatan atau rakus mahukan jawatan,” ujar Hadi membacakan hadis
Rasullullah.
Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad boleh menjadi calon perdana menteri
jika dipersetujui Pakatan Harapan (PH).
Anwar berkata
demikian ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.
Terdahulu Dr
Mahathir dalam satu wawancara menerusi Facebook LIVE memberitahu akan
mempertimbangkan untuk sekali lagi menjadi perdana menteri jika diminta berbuat
demikian.
PH sehingga
kini bertelagah soal siapakah calon perdana menteri pembangkang jika gagasan
itu berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya kelak.