Dari
penjara ke hukuman mati untuk penceroboh Lahad Datu
Mahkamah Rayuan Putrajaya
hari ini membatalkan hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan ke atas
sembilan warga Filipina yang melakukan pencerobohan di Lahad Datu, kepada
hukuman mati.
Panel
tiga anggota diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh membuat keputusan itu
sebulat suara bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim.
Mahkamah
Rayuan turut mengekalkan sabitan ke atas sembilan tertuduh, iaitu
Atik Hussin Abu Bakar, Basad Manuel, Ismail Yasin, Virgilio Nemar Patulada @
Mohamad Alam Patulada, Salid Ahmad Osman @ Abdul, Al Wazir Osman, Tani Lahad
Dahi, Julham Rashid dan Datu Amirbahar Hushin Kiram.
Dalam
keputusannya, Mohd Zawawi berkata hakim perbicaraan gagal mengambil kira
pencerobohan terhadap kedaulatan negara.
Menurutnya,
kes berkenaan mempunyai unsur konspirasi dan merupakan perang terhadap kerajaan
Malaysia dan Raja-raja Melayu dengan niat melemahkan negara dari dalam supaya
mereka boleh membuat tuntutan terhadap Sabah.
Katanya,
sembilan anggota keselamatan terbunuh dan ramai yang cedera parah, manakala
penduduk tempatan terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat pencerobohan itu.
Senjata
berat seperti M-16 dan bom tangan turut digunakan semasa pencerobohan itu, kata
Mohd Zawawi.
"Pendek kata, ini adalah serangan daripada musuh asing yang belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia." katanya.
Sumber:KLIK DISINI